Tuesday, May 4, 2010

Memorandum menuntut kebebasan media: Hentikan campur tangan politik dan Self-Censorship


MERDEKA REVIEW



Memorandum menuntut kebebasan media: Hentikan campur tangan politik dan Self-Censorship (3 Mei 2010)

Kebebasan Akhbar: 30% terendah di dunia

Malaysia bukan sahaja terjerat dalam ekonomi pendapatan sederhana, kini juga berada di bawah paras 30% negara yang terendah di dunia dari segi kebebasan akhbarnya.

Menurut laporan Freedom House yang diumumkan setiap tahun menjelang Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, kedudukan Malaysia dalam ranking kebebasan akhbar amat mengejutkan;-

Tahun 2003: Kedudukan ke-71 daripada 100 negara
Tahun 2004: Kedudukan ke-154 daripada 193 negara
Tahun 2005: Kedudukan ke-152 daripada 194 negara
Tahun 2006: Kedudukan ke-141 daripada 194 negara
Tahun 2008: Kedudukan ke-150 daripada 195 negara
Tahun 2009: Kedudukan ke-143 daripada 195 negara
Tahun 2010: Kedudukan ke-141 daripada 196 negara

Antara negara ASEAN, kita jauh di belakang Timor Timur, Filipina, Indonesia, Thailand, malah Kemboja. Kesemua negara ini lebih miskin daripada Malaysia.

8 pencabulan kebebasan akhbar dalam 12 bulan lalu

Kami, individu dan pertubuhan sivil yang berikut, menggesa agar pimpinan Perdana Menteri Najib Razak terutamanya, dan pengamal media menjawab lapan insiden pencabulan kebebasan media yang penting sejak Hari Kebebasan Akhbar tahun lalu. Pencabulan ini berlaku kerana campur tangan negara, atau institusi bukan negara, dan self-censorship (tapis-diri) oleh institusi media.

Pertama: Pembatalan rancangan dokumentari Empangan Bakun oleh TV2

Pada 28 April 2010, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ibrahim Yahya memberi arahan terus kepada rancangan Galeri Mandarin Nasional, TV2 untuk menarik dan membatalkan penyiaran siri dokumentari Empangan Bakun, selepas dua episod disiarkan. Dokumentari ini mendedahkan keadaan hidup lebih 10 ribu orang asli yang berpindah dari Belaga ke Sungai Asap dan Sungai Koyan, untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bakun pada tahun 1998. Satu lagi campur tangan BN dalam kebebasan media TV, penerbit TV2

Penerbit rancangan, Chou Z Lam mendakwa pihak atasannya memberi alasan bahawa "unsur sensitif" dalam dokumentari bakal mendatangkan kesan yang tidak baik untuk PRK Sibu yang akan berlangsung pada 16 Mei, dan pilihan raya negeri Sarawak.

Kedua: Campur tangan dan penapisan (Censorship) di ntv7

Pada 20 April 2010, Joshua Wong Ngee Chong yang pernah memenangi anugerah, juga penerbit Editor's Time meletak jawatan sebagai protes kerana pihak atasan syarikatnya tunduk kepada aduan daripada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Kononnya Rosmah Mansor telah memanjangkan (forward) satu sms berbau rasis kepada pihak atasan ntv7, melontarkan tuduhan terhadap rancangan forum yang menyaksikan perdebatan antara ahli politik Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan penganalisa politik bebas.

Berikutan aduan tersebut, ntv7 mengambil keputusan untuk tidak membincangkan isu PRK Hulu Selangor yang berlangsung pada 25 April dalam rancangannya, dan mengelakkan isu politik secara umumnya pada ketika itu. Pemimpin pembangkang juga dilarang untuk hadir ke rancangan sebagai ahli panel. Bagaimanapun, pihak atasan ntv7 tidak menafikan tuduhan Joshua Wong.

Tuduhan campur tangan daripada Rosmah Mansor juga dilenyapkan dari kesemua media arus perdana. Pada hakikatnya, daripada media arus perdana, hanya Nanyang Siang Pau dan Oriental Daily yang melaporkan perletakan jawatan Joshua Wong.

Ketiga: "Laporan kurang tepat" China Press

Pada 13 Mac 2010, Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada China Press, satu akhbar bahasa Cina, kerana "kesilapan" dalam laporannya berhubung perletakkan jawatan Ketua Polis Negara, Musa Hassan pada 25 Mac.

Di bawah Seksyen 8A, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tahun 1984, perbuatan menyiarkan berita yang tidak benar dengan niat jahat akan mengakibatkan mereka yang bersabit dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya sekali.

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein yang mana bidang kuasanya mencakupi polis dan akhbar, mengesahkan penamatan perkhidmatan Musa Hassan pada akhir September tahun ini. Pada 19 Mac 2010, China Press meminta maaf lantaran kesilapannya dalam laporan, dan menggantung Teoh Yong Khoon dari jawatan Ketua Pengarangnya selama dua minggu.

Keeempat: Melenyapkan kritikan hukum sebat terhadap wanita

Pada 24 Februari 2010, lantaran daripada laporan polis oleh beberapa badan bukan kerajaan, The Star, akhbar bahasa Inggeris meminta maaf secara terbuka kerana menyiarkan artikel "Persuasion, not compulsion" (Pujuk, bukan paksa) yang ditulis oleh Pengarangnya, P.Gunasegaran pada 19 Februari. Artikel ini mengkritik hukuman sebat terhadap tiga wanita yang melakukan kesalahan persetubuhan luar nikah.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendakwa bahawa "mohon maaf" tidak memadai dengan apa yang dilakukan, maka MAIS membuat laporan polis pada 25 Februari terhadap P.Gunasegaran dan Sister in Islam (SIS), kerana "memperlekehkan" Islam dan Hukum Syariah.

Perkembangan yang menyusul menyaksikan bagaimana KDN mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada The Star, yang kemudian menarik satu artikel kolum oleh Mariana Mahathir, anak perempuam bekas PM yang menyentuh isu sebat.

Kelima: Panduan baru untuk akhbar

Pada 17 Disember 2009, menurut laporan Malaysiakini, KDN telah memanggil satu mesyuarat bersama editor akhbar, membincangkan panduan baru untuk penerbitan. Istilah dengan definisi kabur yang digunakan dalam panduan tersebut dirangka untuk "self-regulation" (pengawalan diri).

Menurut laporan, akhbar diarah untuk tidak melaporkan isu seperti bersekedudukan, hubungan seks luar nikah, homoseksual, counter-culture, dan dilarang menyiarkan gambar alat kelamin manusia dan pemakaian G-strings.

Keenam: Gangguan MCMC terhadap Malaysiakini

Pada 3 September 2009, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menuntut agar Malaysiakini, satu media internet untuk menarik keluar dua klip video berkenaan protes terhadap perpindahan kuil Hindu di Shah Alam. Salah satu klip video merakamkan sidang media pada 2 September 2009 yang diadakan Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri yang membela peserta demonstrasi.

Pemangku Pengarah Kanan Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MCMC, Abdul Halim Ahmad mendakwa video tersebut mengandungi unsur yang menyinggung dan mencetuskan kemarahan komuniti India. Pada 8 September, MCMC menyoal siasat 10 orang staf Malaysiakini untuk lebih daripada 8 jam.

Ketujuh: Rampasan buku

Pada 25 Ogos 2009, Pegawai KDN dari Bahagian Kawalan Penerbitan telah merampas 408 naskah majalah kartun, Gedung Kartun ketika menyerbu pejabat penerbitnya di Kuala Lumpur. Majalah kartun yang dikelolakan oleh kartunis terkenal, Zunar ini berjenaka dengan perhubungan antara kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan PM Najib.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Abdul Razak Abdul Latif mendakwa majalah tersebut dirampas kerana tidak mempunyai permit, dan rampasan tersebut bertujuan untuk "siasatan". Gedung Kartun

Pada 24 Disember 2009, buku berjudul "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" telah ditahan di kastam Pelabuhan Klang, menjurus kepada "pengharaman" sehingga April 2010. Bagaimanapun, tiada penjelasan diberikan lantaran "penahanan" yang lama ini. Buku yang ditulis oleh Barry Wain, bekas editor Asian Wall Street Journal ini menuduh bekas PM Mahathir Mohamad harus bertanggungjawab kepada kerugian sejumlah RM100 billion semasa beliau menerajui pemerintahan negara.Malaysian Maverick: "Buku dalam tahanan" laris di Singapura

Pada 29 Januari 2010, sebanyak 64 naskah buku terbitan Malaysiakini, "Where is Justice" dan "1Funny Malaysia" dirampas di Pulau Pinang dan Melaka. Buku berjudul "Where is Justice" mempertikaikan pihak polis dan SPRM dalam isu kematian dalam lokap, sementara "1 Funny Malaysia" adalah koleksi kartun Zunar.

Kelapan: Pengacara ntv7 ditukar

Pada 15 Julai 2009, MerdekaReview, media online melaporkan penerimaan surat amaran oleh pengacara rancangan isu semasa ntv7, Point of View, Florence Looi (gambar kanan), selepas beliau meminta ahli panel untuk menilai prestasi pentadbiran Najib 100 hari pertama, dalam rancangannya."Tak Wajar Menilai Najib" Pengacara ntv7 diberi amaran

Rancangan ini menyiarkan episod terakhirnya pada 5 Julai, sementara Florence Looi pula diberikan tugasan baru.

Sungguhpun pencabulan kebebasan media sering dijalankan atas nama untuk memelihara keharmonian di antara kaum dan agama, namun tindakan ini selalunya bersifat selektif. Akhbar harian Utusan Malaysia dan majalah Al-Islam milikan UMNO telah menyiarkan laporan bersifat hasutan, menyinggung dan tidak profesional, tetapi tidak diambil tindakan oleh kerajaan.

Bahayanya kawalan media

Kebebasan media dijamin di bawah artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Pencabulan kebebasan media akan mengundang kesan:

Pertama, melupuskan media sebagai kuasa keempat, mengakibatkan kegagalan orang awam untuk menyemak negara dan mempromosikan pentadbiran yang baik;

Kedua, menekan perbincangan umum, yang selalunya secara selektif atas nama isu sensitif, bakal menghalang keharmonian yang sebenarnya, iaitu keharmonian yang wujud hasil daripada saling mengenali antara warga Malaysia dari etnik, agama, budaya, bahasa dan sosial ekonomi yang berbeza.

Ketiga, dengan menutup ketidakadilan dan ketidakharmonian, mangsa yang terpinggir akan terus dipinggirkan - wanita, orang asli, golongan miskin dalam dan luar bandar, minoriti seksual, dan kumpulan monoriti yang lain. Suara dan masalah mereka tidak dapat didengar. Pembatalan rancangan dokumentari Empangan Bakun oleh Galeri Mandarin Nasional telah melenyapkan masalah kaum asli daripada dipaparkan di depan audien.

Campur tangan dari kerajaan dan bukan kerajaan, penapisan diri telah menjurus kepada situasi yang merbahaya ini. Sememangnya, ia disempurnakan dengan akta media yang zalim dan anti-persaingan seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Tuntutan Kami

Kami, individu dan pertubuhan yang menurunkan tandatangan di bawah, menuntut agar tindakan berikut diambil sebelum Hari Kebebasan Akhbar yang akan datang:

Pertama, Menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja atau Jawatankuasa Pemilihan (Select Committee) untuk mengkaji reformasi akta media, supaya:-

a. Memastikan agar wujudnya minimum entry barrier untuk media cetak, penyiaran dan internet untuk menjamin kemajmukan pengamal media.

b. Kesemua mekanisme pemeriksaan politik harus dihapuskan, dan diganti dengan institusi yang ditubuhkan oleh pengamal media dan pertubuhan masyarakat sivill yang bebas.

Kedua, Kerajaan Persekutuan, negeri dan tempatan harus mempertahankan kebebasan dan hak wartawan serta warga negara untuk menyalurkan informasi, dan hak untuk tidak diugut oleh institusi bukan kerajaan. Sementara mengkaji akta yang sedia ada, kerajaan harus mengelak daripada menggunakan akta yang sedia ada untuk menekan media.

Ketiga, daripada mengamalkan penapisan diri, pengamal media seharusnya mempertahankan profesional dan kebebasan akhbar.

Untuk matlamat jangka pendek, kami menuntut agar perkara di berikut diselesaikan sebelum hujung bulan ini:

Pertama, ntv7 dan TV2 perlu menyiasat dan memberi penjelasan berikutan tuduhan self-censorship baru-baru ini;

Kedua, PM harus menjamin barisan kerajaan atau keluarganya tidak akan mengancam profesional pengamal media dalam pemilihan topik, perspektif dan sumber berita.

Organisasi yang mengambil inisiatif untuk merangka memorandum ini:

1. Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
2. Centre for Independent Journalism (CIJ)
3. Civil Rights Committee of KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
4. Coalition for Clean and Fair Election (BERSIH)
5. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
6. Zunar & ‘Gedung Kartun’ Group
7. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
8. Centre for Policy Initiatives (CPI)
9. Research for Social Advancement (REFSA)
10. New Era College Progressive Front

Memorandum ini akan terbuka untuk endorsement pertubuhan dan individu sehingga 28 Mei 2010. Individu digalakkan untuk menandatangani petisyen online di http://www.petitiononline.com/20100430/petition.html

*Memorandum ini diterjemah daripada edisi bahasa Cina dan Inggeris-nya, ditambah dengan link untuk kemudahan pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang isu berkenaan.

No comments: