Monday, May 3, 2010

Malaysia Airline (MAS) VS AirAsia ?

BERITA SEMASA COM


Antara Malaysia Airline (MAS) dan Air Asia, mana satu pilihan anda? Ada orang akan terus memilih Air Asia sebagai pilihan penerbangan mereka. Ini kerana Air Asia telah menjadi satu ikon ‘penerbangan tambang murah’ seperti yang ada sekarang melalui tagline popularnya “Now Everyone Can Fly”. Memang, jikalau anda mengunjungi laman web Air Asia anda akan dapat melihat iklan-iklan seperti

  • ‘Big Deal, Small Fare’ atau
  • ‘Super Low Fares!’ atau yang paling menarik ialah
  • ‘Grab Your Free Seat Now!’.

Iklan-iklan seperti inilah yang menjadi tarikan para pengguna Air Asia kerana memang betul mereka akan mendapat harga seperti yang dijanjikan (kalau anda pandai membuat tempahan). Tidak dinafikan Air Asia adalah pilihan ramai ketika ini

Namun, Malaysia Airline (MAS) apa kurangnya. Malaysia Airline (MAS) merupakan syarikat penerbangan Malaysia paling berjaya suatu ketika dahulu. Tetapi, semenjak AirAsia muncul dan melonjak naik dalam industri penerbangan di Malaysia dengan memperkenalkan pakej tambang murah mereka. Malaysia Airline (MAS) mengalami kerugian besar kerana kini orang ramai lebih memilih Air Asia. Maklumlah siapa yang tidak suka akan tambang yang jauh lagi murah.

Selepas beberapa tahun bersaing dengan Air Asia, MAS telah menukar strategi mereka. Tambang untuk perjalanan sehala dikurangkan sama sekali. Seperti mengikut harga Air Asia. Malaysia Airline (MAS) mahu ‘merampas kembali’ pengguna mereka dahulu yang ‘dicuri’ Air Asia. Dan kalau anda cuba membuat ‘demo’ menempah satu tiket anda akan dapat melihat betapa murahnya tambang tersebut berbanding dahulu. Jadi, inilah faedah yang bakal diterima oleh kita semua apabila Air Asia mahupun Malaysia Airline (MAS) menggunakan pelbagai cara pemasaran bagi mengambil hati pelanggan mereka.

Tetapi, bagaimana kalau anda tidak ada hak untuk memilih penerbangan anda? Bagaimana kalau anda terpaksa membayar tambang yang mahal kerana ada hanya satu syarikat yang menawarkan penerbangan ke tempat tersebut? Anda memang tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya menempah sahaja tiket tersebut. Dan selepas itu pergi ke laman web syarikat penerbangan yang satu lagi untuk memberi ’suggestion’ tentang mewujudkan laluan penerbangan ke tempat yang anda tujui tadi.

Inilah masalah yang sedang hangat antara Malaysia Airline (MAS) dan Air Asia. Air Asia mendakwa mereka tidak diberi kebenaran untuk membuka laluan penerbangan ke Sydney, yang mana antara laluan ‘hot’ para penumpang Malaysia dan dimonopoli oleh MAS yang membuat banyak keuntungan daripada jualan tiket laluan dari Kuala Lumpur ke Sydney. Air Asia mahu kerajaan menggubal polisi yang ada supaya diberi kebenaran untuk beroperasi bagi laluan yang sama dan mereka dapat bersaing dengan MAS secara adil.

Tak kan nak bagi MAS makan sorang. Selain itu, pentingnya polisi sebegini supaya para penumpang mempunyai lebih keselesaan dari segi kewangan untuk membuat pilihan penerbangan mereka. Jika tidak, Malaysia Airline (MAS) akan terus mengaut keuntungan besar tanpa ada sebarang ganguan. Dan ini dikatakan tidak adil sama sekali dalam urusan perniagaan penerbangan Malaysia.

P/S : Asyik nak dibantu dan ditolong sampai bila mahu maju? Cukup-cukuplah tu……sudah sampai masa untuk hidup berdikari..


No comments: