Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU: Kerajaan digesa mendengar pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meminta kerajaan mengkaji semula kebenaran lesen judi bola sepak baru-baru ini. Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar), berkata kerajaan perlu mendengar nasihat bekas Perdana Menteri supaya mendengar suara rakyat pelbagai lapisan masyarakat sebelum melaksanakannya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdullah yang meminta kerajaan mendengar pandangan rakyat berhubung perkara itu sebelum ianya dilaksanakan. Menurut Abdullah lagi, rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka. Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS negeri berkata, bantahan terhadap lesen judi ini bukan retorik semata-mata sebagaimana yang didakwa pihak tertentu sebaliknya ia mengenai soal agama dan tanggungjawab umat Islam. “Pemimpin Malaysia yang pernah mendakwa negara ini sebagai sebuah negara Islam seharusnya sejak awal lagi tidak bercadang mengadakan lesen judi, apa lagi untuk meluluskannya,”ujarnya. Baru-baru ini, lesen judi yang sah telah diluluskan oleh kerajaan sebagaimana yang diumumkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, bagi membolehkan kaki judi bertaruh sewaktu perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 Jun ini. Tegas Zailah lagi, judi bola sepak bukan sahaja dibantah oleh umat Islam, sebaliknya bukan Islam juga. Sehubungan itu Zailah menyeru semua rakyat negara ini yang perihatin supaya turut turun membantah lesen judi yang diadakan di tempat berhampiran. |
Ahad, 23 Mei 2010
Judi: Muslimat gesa kerajaan dengar pandangan Abdullah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan