| KELIRU…..Abdul Rahman menunjukkan laporan akhbar kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew yang mengelirukan. Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI BARISAN Nasional (BN) Sabah bersimpati dengan rakyat di negeri ini yang mempunyai masalah dengan kad pengenalan atau mykad, terutama isu yang berkaitan dengan status agama Islam. Setiausaha Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata, BN Sabah tidak mempunyai masalah jika ada rakyat di negeri ini yang ingin berjumpa dengan sesiapa sahaja termasuklah dengan pihak pembangkang untuk menyelesaikan isu seumpamanya. Namun begitu beliau berkata, diharap pihak-pihak yang mahu membantu ini biarlah mereka membantu dengan hati yang ikhlas dan cuba menyelesaikan masalah tanpa menimbulkan kekeliruan isu tersebut. “Kita turut bersimpati dengan isu-isu yang melibatkan rakyat di negeri ini berkenaan dengan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam kad-kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, BN turut ingin membantu menyelesaikan masalah seumpamanya. “Kita berterima kasih kerana banyak pihak yang ingin membantu rakyat negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah ini, cuma biarlah mereka membantu dengan hati yang ikhlas dan cuba menyelesaikan masalah tanpa menimbulkan kekeliruan isu tersebut.” Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew yang melibatkan seorang individu bernama Adenin Bin Ahmad yang disiarkan di akhbar tempatan baru-baru lalu. Abdul Rahman berkata, ada beberapa pekara dalam kenyataan Christina Liew itu yang tidak tepat yang perlu diperbetulkan. Menurutnya, soal tentang bin dan binti ,Christina Liew memberi gambaran bahawa Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah (JPN) keliru hanya kerana seseorang itu mempunyai nama bin dalam namanya, ataupun binti maka JPN sewenang-wenangnya mengklasifikasikan mereka ini sebagai orang Islam dan gambaran Christina Liew itu telah mengelirukan. Jelas Abdul Rahman, pemberian status agama Islam oleh JPN bukan berdasarkan bin atau binti dalam mykad seseorang, sebaliknya ianya berdasarkan kepada dokumen-dokumen ibu dan bapa sewaktu memohon sijil kelahiran ataupun sewaktu mykad dipohon. Katanya, dalam prosedur JPN amat terang dan jelas bahawa seseorang itu hanya diberikan status agama Islam berdasarkan dokumen ibu dan bapa sewaktu permohonan dibuat. “Kenyataan Christina Liew amat mengelirukan, sebagai seorang Peguam beliau mesti mengetahui bahawa prosedur memang ada, prosedur di dalam JPN ialah untuk mengeluarkan status Islam kepada bukan Islam mesti melalui proses yang telah ditetapkan oleh undang-undang. “Iaitu mesti mendapat kepastian pengistiharan daripada Mahkamah Syariah, ini adalah prosedur, kecualilah jika Christna Liew merasakan tidak ikut prosedur itu adalah satu perkara yang dibenarkan, inilah prosedur yang ada di dalam negara kita, terpaksa kita gunakan prosedur ini. “Bermakna seseorang itu kalaupun dia menggunakan surat sumpah satu pernyataan berkanun yang mengatakan beliau bukan Islam ataupun surat baptisam beliau untuk mengatakan beliau itu bukan Islam itu tidak mencukupi, itu boleh menguatkan lagi hujah si pemohon tetapi itu bukan dokumen yang diterima pakai dalam prosedur ini.” Terang Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, Christina Liew juga mengatakan bahawa Pengarah JPN Sabah tidak mahu berjumpa dan memberi alasan yang pelbagai dalam mencari jalan penyelesaian kes Adenin Bin Ahmad. Menurut beliau, mengikut rekod daripada JPN Sabah, Christina Liew dan mereka yang terlibat ini telahpun diberi penjelasan yang secukupnya. “Mahkamah Syariah telahpun memulakan perbicaraannya pada 11 Mei 2010, maka eloklah supaya kita bersabar menunggu keputusan Mahkamah Syariah, itulah pendekatan JPN yang selari dengan peraturan yang sedia ada. “Saya merasa kesal, Christina Liew memberi gambaran seolah-olah JPN itu cuba mengelak untuk menyelesaikan masalah itu, jadi seperti mana yang saya katakan tadi prosedur ada yang perlu diikuti, maka itu tidak timbul soal JPN untuk mengelak daripada menyelesaikan isu itu.” Menyentuh dakwaan Pakatan Rakyat yang mengatakan bahawa beribu kes tersebut berlaku di negeri Sabah, Abdul Rahman juga mahu tahu dan isu-isu tersebut mestilah diselesaikan sebaik mungkin jika ia benar berlaku. “Kalau ada betul-betul isu-isu yang melibatkan beribu-ribu orang seperti yang dinyatakan oleh Christina Liew, saya minta supaya pihak beliau memberikan senarai itu kepada pihak JPN. “Kalau setakat cakap beribu tapi tidak ada kebenaran, saya rasa itu tidak berlaku adil kepada JPN kerana kalau isu-isu yang melibatkan kesilapan perkeranian itu senang untuk diubah tetapi mungkin ada isu-isu yang melibatkan dokumen ibu dan bapa menunjukkan mereka itu Islam, maka JPN tidak mempunyai pilihan dan meletakkan status agama Islam kepada anak yang memohon,” tambahnya lagi. |
Selasa, 18 Mei 2010
JANGAN POLITIKKAN ISU ISLAM DALAM MYKAD
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 ulasan:
isu status agama dalam mykad merupakan isu yang tidak perlu diperbesarkan.. pihak JPN haruslah memperbetulkan semula kesilapan yang terdapat dalam status agama penduduk-penduduk disabah..
bagaimana pula dengan dokumen-dokumen ibu dan bapa sewaktu memohon sijil kelahiran ataupun sewaktu mykad dipohon juga berlaku kekeliruan serupa? bukan kah keadaan ini akan melanjutkan lagi masalah tersebut dan bukannya menyelesaikan? bagaimana jika betul terdapat kakitangan JPN yang keliru dengan penggunaan bin dan binti di sabah sedangkan pemohon bukan islam??? seharusnya perkara ini disiatsat dengan teliti...
kepada rakyat sabah yang menghadapi kemuskilan terhadap status agama mereka, seharusnya merujuk ke pusat2 JPN terdekat untuk pembetulan agar tidak timbul masalah2 yang berkaitan kemudian hari..
prosedur telah ditetapkan dalam memberi status agama dalam mykad adalah berdasarkan dokumen ibu dan bapa sewaktu permohonan dibuat. namun mengapa kekeliruan ini masih lagi timbul? perkara ini haruslah diperbetulkan...
Biasa la pembangkang...lalang tidak dipotong pun dioarang nak politikkan jg...apa lagi hal2 besar begini??
Why need politikkan this isu? xda maknanya...!! They rising up the isu pun sebab want to make things clear, settled the isu... nanti2 cool down la 2...
semuanya telah dijelaskan disini, oleh itu mana2 pihak tidak perlu memperbesarkan isu ini. lebih baik sama2 selesaikan isu ini dari membiarkan ianya berlarutan dengan saling menyalahkan.
seperti yang dikatakan datuk Abdul Rahman, pihak tersebut perlu beri penjelasan terperinci tentang 'beribu2' orang yang menghadapi masalah ini agar mudah bagi JPN dan kerajaan mengambil tindakan penyelesaian.
Perkara yg plg menghairan bg saya ialah.. kenapalah isu agama harus dikaitkan dgn politik...
hhhmmm, mcm ketandusan idea betul o.. huhu
Ya urangulama... kalau btl ada kesilapan, silalah btlkan wahai JPN...
So tak juga hal ni jadi besar..
tu la susah juga ba.. penggunaan bin & binti ni mmg boleh mengelirukan.. Tapi bg saya hal ni tak patut berlaku ba.. Org yg kerja di JPN tu bukannya tak ambil upsr.. hehheee
Tu la kan somboi.. hairan2..
Apapun saya harap hal ni diberi perhatian serius.. Siasat btl2, takut nanti ada individu yg sengaja mau rosakkan nama baik JPN.
hehhehhee, ko noticed juga rupanya Lucas... ada2 ja ba kan dorang ni..
ketara betul mau famous. hehhee
Btl juga lah 2718.. kalau lah dorang ni btl prihatin, bah berganding bahulah sama gov tolong rakyat :P
aman dunia. hehheee
pokoknya, isu agama tidak seharusnya dipolitikkan oleh semua pihak...
isu ini tidak patut dipolitikkan kerana i bukanlah satu isu yang besar pun..
Catat Ulasan