Ahad, 2 Mei 2010

Ibrahim Ali perasan MB Kelantan ?

Oleh Afrar Yunus


Kelmarin, Ibrahim Ali mewakili rakyat Kelantan memohon maaf kepada Sultan Selangor.
Katanya beliau berbuat demikian setelah Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan enggan berbuat demikian ekoran mempertikaikan titah Sultan melarang masjid digunakan sebagai pentas politik.

Ibrahim merasakan dirinya seolah-olah berada ditempat Menteri Besar Kelantan.

Dia lupa diri bahawa kerusi Pasir Mas yang sedang didudukinya kini pun adalah ihsan dari parti PAS. Jika bertanding sekali lagi di situ, entah boleh menang atau tidak.

Orang macam Ibrahim perlu ada di dalam politik Melayu. Jika tidak sunyi kenduri-kendara orang Melayu lebih-lebih lagi politik Melayu UMNO.

Dia pemimpin Melayu Malaysia. Mendapat sokongan pemimpin 'Melayu' seperti Tun Mahathir Mohamed. Dia jugalah pernah berbohong kepada orang Melayu bahawa akan mencium buntut Mahathir jika dia masuk semula kedalam UMNO.

Cakap berdegar-degarnya ketika itu telah mempengaruhi ramai orang Melayu nasionalis.

Sayang dalam hal mencium buntut, tidak ada siapapun dari kalangan orang Melayu termasuk Perkasa yang mahu mewakilinya mencium buntut Mahathir sepertimana ia cuba mewakili orang Kelantan memohon maaf kepada Sultan Selangor.

Ada kawan-kawannya berkata bab mencium buntut itu cuma lawak jenaka Ibrahim dalam politik.

Boleh percaya lagikah cakap berdegar-degarnya itu sekarang jika semuanya dianggap lawak ?

Tiada ulasan: