Zulaikha Zulkifli | |||
|
"(Maka) menjadi tanggungjawab dewan ini untuk memberitahu kepada rakyat. Kalau setakat sokong dan tidak menjelaskan pendirian PAS buat apa?” katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab DHPP untuk menjelaskan kepada rakyat bentuk dan jenis kerajaan persekutuan yang PAS akan wujudkan bersama Pakatan Rakyat sekiranya mereka menang dalam pilihanraya akan datang.
Abdul Rahman juga tidak melihat penubuhan dewan itu sebagai satu masalah kepada BN.
Sementara itu, timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pula berkata, penubuhan dewan itu adalah satu "mainan politik" untuk menambat penyokong bukan Islam.
“Ini semua mainan politik. Mungkin ahli PAS perlu fikir tentang perjuangan mereka. Selama ini perjuangan mereka lain, sekarang dia bagitau lain dari apa yang mereka perjuangkan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Pada 23 Mei lalu, seramai 20,000 anggota Kelab Penyokong PAS 'dinaiktaraf' melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Ketua penerangan parti itu Idris Ahmad dilaporkan berkata, anggota dewan tersebut kini berpeluang untuk menghadiri muktamar parti sebagai ahli perwakilan bagi mengikuti mesyuarat tetapi belum boleh mengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan