PETALING JAYA - DAP mendesak Kerajaan pPrsekutuan memperkenalkan sistem dua peringkat upah minimum wajib bagi memastikan bahawa semua pekerja akan mendapat gaji pokok di atas paras kemiskinan dan upah yang adil sempena hari pekerja.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sempena Hari Pekerja hari ini, beliau berkata cadangan tersebut sudah tentu akan membantu para pekerja yang tinggal di luar bandar dan di pinggir kota serta mengurangkan kebergantungan kita kepada tenaga kerja asing sekaligus menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja.
"Saya ingin mencadangkan gaji lantai bulanan berdasarkan garis kemiskinan adalah RM720 di Semenanjung Malaysia, RM960 di Sabah dan RM830 di Sarawak.
"Walaupun jumlah gaji tersebut adalah rendah bagi sesetengah pihak, namun harus difahami bahawa masih ramai pekerja yang berpendapatan kurang dari RM720 sebulan di negara ini," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Menurut Lim lagi, upah minimum haruslah berdasarkan pada garis kemiskinan. Justeru, upah asas yang dibayar akan berbeza di setiap negara, mengikut garis kemiskinan yang sudah tentu berada di atas garis kemiskinan.
"Manakala di bandar besar pula, keluarga yang berpendapatan di bawah RM 3,000 sebulan telah ditakrifkan sebagai golongan miskin bandar maka cadangan gaji pokok RM 1,500 yang dikemukakan bertujuan untuk meringankan beban dan kos sara hidup.
"Oleh kerana sebahagian besar keluarga bandar terdiri dari pasangan suami-isteri yang bekerja, maka langkah ini akan membolehkan setiap keluarga mendapat pendapatan lebih dari RM 3,000 sebulan, sebagai jalan keluar dari perangkap kemiskinan bandar," ujar Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan .
Lim berkata demikian kerana berpendapat paras kemiskinan tegar di Malaysia adalah pada 3.6 peratus, namun masih terdapat laporan mengenai pekerja yang masih berpendapatan di bawah garis kemiskinan.
No comments:
Post a Comment