KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan kenyataan Syed Azidi Abdul Aziz atau Kickdefella bahawa dia (Mustafa) mewakili syarikat GMC dalam satu majlis di Pejabat Agung PAS pada tahun 2007 sebagai satu pembohongan.
"Sama ada dia atau akhbar yang tersalah lapor, ini satu pembohongan besar. Saya tidak mewakili syarikat itu. Jika tidak ada sebarang pembetulan mengenai laporan ini, saya akan mengambil tindakan undang-undang," kata Mustafa kepada Harakahdaily.
Mustafa mengulas laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan, Mustafa mewakli GMC dalam satu majlis di Pejabat Agung PAS.
Menurut laporan itu, Syed Azidi mendakwa mustahil Mustafa tidak mengetahui kewujudan GMC kerana Mustafa mewakili GMC dalam majlis pertemuan dengan media itu.
Menurut Mustafa, dia tidak sedarpun adanya satu syarikat bernama GMC pada ketika itu.
"Yang saya ingat, saya mewakili PAS sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS pada ketika itu, itupun saya tak ingat adanya GMC disebut dalam majlis itu. Yang saya ingat Tvpas sahaja," kata Mustafa. Semalam, dalam sidang medianya, Mustafa menafikan pembabitan PAS dengan GMC. Bagi beliau, dakwaan wang RM4 juta oleh Syed Azidi itu tidak ada kena mengena dengan PAS. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan