| Oleh: SUNARNO WIRO KERAJAAN Barisan Nasional (BN) khususnya di Sabah, disaran agar lebih mementingkan kepantasan sesuatu pembangunan untuk sampai ke sasarannya di peringkat kawasan supaya keperluan asas rakyat dapat ditangani dengan segera; sepertimana slogan Perdana Menteri ‘ Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Sebaliknya slogan PM itu tidak diendahkan oleh segelintir pemimpin tertinggi atasan, asalkan kumpulannya dapat membaham peruntukan projek mega daripada kerajaan Persekutuan tanpa mengambilkira implikasinya. “Apa yang memeningkan kepala rakyat ialah kelibat pemimpin atasan ini yang asyik mengutamakan kroni-kroni mereka serta mempastikan kumpulan ini dan itu dikenakan birokrasi yang terlalu ketat,” kata Soromon Tandon. 46, seorang usahawan yang juga Ketua Cawangan UMNO Kg Manining dekat Tenom. Tanpa berselindung dengan nada yang tegas, Soromon turut mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya bahawa peruntukkan besar daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah pun diluluskan untuk pelaksanaan pelbagai pembangunan di kawasan pedalaman untuk memenuhi kehendak rakyat di situ. Meskipun begitu, ada pihak (yang mempunyai kuasa eksekutif ) enggan membenarkan projek itu dilaksanakan secara ‘terus’ kecuali peruntukan itu disalurkan kepada kerajaan negeri sebelum dilaksanakan kerana kononnya ‘pemimpin itu’ tidak mahu melihat ‘Menteri’ di Kementerian terbabit terlalu menonjol di Sabah yang merupakan pemimpin saingan No.1 bagi dirinya. Soromon menyifatkan budaya seperti itu adalah satu budaya menyusahkan rakyat dan ia perlu dikikiskan dengan serta merta kerana selagi amalan budaya ala cerita dongeng ‘Alibaba dengan 40 Penyamun’ tidak dikikis secara habis-habisan, rakyat akan terus menderita sepanjang hayat. Beliau yang sudah bosan dengan gelagat segelintir pemimpin kerajaan BN khususnya di Sabah, harus sedar bahawa rakyat di kawasan akar umbi terutamanya, di kawasan pedalaman sudah tidak mahu mendengar lagi pengumuman projek bernilai berjuta-juta di kawasan luar bandar setiap kali mereka turun padang kerana projek yang telah diumumkan sehingga sekarang belum ada yang terlaksana. “Kami yang sentiasa berdamping dengan rakyat di peringkat akar umbi sudah sakit telinga dan hati mendengar keluhan malah tempikan rakyat yang menyifatkan kerajaan BN janji palsu, bohong dan banyak lagi,” tegas Soromon. Selain itu tegas Soromon, kekalahan BN pada pilihanraya kecil Parlimen Sibu baru-baru ini telah menjadi iktibar kepada kerajaan BN khususnya di Sabah kerana suatu hari nanti, jika amalan sedemikian rupa berterusan, tidak hairanlah Sabah bukan lagi ‘fixed deposit’ kepada BN pada masa-masa akan datang khususnya pada PRU13. |
Rabu, 19 Mei 2010
BIROKRASI HALANG KEPANTASAN PEMBANGUNAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
kerjaaan BN seharusnya mengutamakan pembangunan rakyat.. khususnya di sabah yang amat memerlukan pebangunan terutamnya dikawasan luar bandar.. kurangkanlah karenah birokrasi yang banyak melambatkan sesuatu projek pembangunan.
utamakanlah pembangunan rakyat, kita sebagai wakil prakyat haruslah telus dalam menjalankan tanggungjawab kita..
"rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" yang menjadi teras kepada kepimpinan PM harus dipraktikkan oleh golongan atasan...nilai2 murni yang terkandung dalam slogan tersebut harus diamati dan diteladani agar segala rancangan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan...'permusuhan dalam selimut' di kalangan golongan atasan ini harus diketepikan...janganlah akibat daripada sikap pentingkan diri sesetengah golongan atasan ini, menyusahkan rakyat...harap pihak berwajib akan memantau segala peruntukkan yang telah diberi untuk melaksanakan projek2 untuk rakyat dilaksanakan dengan segera...karenah birokrasi harus dikurangkan demi kesejahteraan semua....
Ketelusan dalam apa2 proses dalam kerajaan jg perlu...jika kurangkan birokrasi, tetapi tiada ketelusan, hasilnya tetap sama jg...
Ketelusan dalam apa2 proses dalam kerajaan jg perlu...jika kurangkan birokrasi, tetapi tiada ketelusan, hasilnya tetap sama jg...
kegagalan BN bukan kerana BN keseluruhannya, tapi kerana pemimpin yang gagal menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat dan mengabaikan suara rakyat.
diharapkan, kekalahan BN di sibu menjadi pengajaran kepada semua pemimpin di sabah agar lebih bertanggungjawab dan jujur melaksanakan dasar2 serta projek2 kerajaan disamping perihatin dengan keluhan rakyat.
Catat Ulasan