Wednesday, July 29, 2009

Peruntukkan adalah hak Adun, tidak perlu siasat!

Muhammad Arif Ismail


SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi kelab penyokong kerajaan Ahli Dewan Negeri Selangor (BBC) yang juga merupakan Adun Meru, Dr. Abdul Rani Osman menegaskan peruntukkan Adun adalah hak mereka dan perkara ini tidak perlu siasatan lagi.

Menurutnya yang meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat kajian semula mengenai peruntukan kepada Adun-adun sebenarnya adalah hak mereka untuk membelanjakan bagi faedah kehidupan rakyat dengan cara yang betul.

"Peruntukkan RM500,000 kepada setiap Adun memang ada dan peruntukan ini bukan berada di bawah meja Adun, tetapi diletakkan di pejabat daerah.

"Mana mungkin pihak pejabat daerah nak keluarkan peruntukan melainkan ada perjanjian hitam putih yang boleh menyakinkan mereka," katanya dalam sidang media yang diadakan di Bangunan Annex, di sini, semalam.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah 10 orang Adun antaranya, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz; Adun Hulu Kelang, Shari Sungib dan Adun Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim.

Tambah beliau, ada juga Adun yang tidak memdapat peruntukkan ini atas beberapa-beberapa sebab yang menghalang peruntukkan disalurkan.

"Peruntukkan ini hanya disalurkan selepas sesuatu acara program dilaksanakan baru peruntukan ini dikeluarkan, tidak kira program apa.

"Jadi sepatutnya perkara ini tidak perlu diperincikan kerana itulah juga jawapan yang diberikan oleh pegawai daerah itu sendiri bahawa peruntukkan ini kepada adun adalah hak adun untuk membelanjakan untuk kepentingan rakyat," katanya.

Difahamkan katanya, setiap penyelaras parlimen Barisan Nasional juga diperuntukkan sebanyak RM 2 juta ringgit untuk setiap kawasan parlimen, tetapi cara penggunaannya tidak jelas iaitu digunakan untuk kepentingan parti sedangkan peruntukkan ini adalah milik rakyat.

"Perkara ini terbukti dalam Pilihan raya pada 8 mac lalu, kita lihat bagaimana adun BN mengunakan peruntukkan ini dalam kempen pilihan raya mereka. Kita gesa SPRM supaya menyiasat perkara ini," katanya. - mks._

No comments: