BERNAMA
PULAU PINANG: Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama beberapa agensi lain memulakan siasatan terhadap punca runtuhan bangunan pusat membeli belah Jaya Supermarket di Seksyen 14 Petaling Jaya yang meragut tujuh nyawa.
Menteri Sumber Manusia Datuk S.Subramaniam hari ini berkata pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Kementerian Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan dijangka mengambil masa sekurangkurangnya dua minggu untuk menyelesaikan siasatan meliputi pelbagai aspek itu.
Siasatan yang bermula semalam itu juga bertujuan mengenalpasti sama ada terdapat faktor kecuaian atau kegagalan mematuhi manamana prosedur daripada pihak jurutera, kontraktor atau pemilik bangunan termasuk cara bangunan itu diroboh, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Latihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKs) di sini.
Beliau berkata maklumat awal mendapati pihak yang mengendalikan kerja meroboh satu daripada blok bangunan pasar raya itu memulakan kerja berkenaan sebelum mendapatkan kebenaran daripada DOSH terlebih dahulu.
"Difahamkan mereka memulakan kerja itu sebaik mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan sedangkan mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada DOSH sebelum memulakan sebarang kerja berkenaan," katanya.
Dalam kejadian Khamis lepas, bangunan pusat membeli belah setinggi enam tingkat itu runtuh ketika pekerja kontrak sedang menjalankan persediaan sebelum merobohkan satu daripada bloknya.
Subramaniam berkata jika siasatan itu mendapati berlaku kecuaian pada manamana pihak, mereka boleh dikenakan denda RM50,000 atau dua tahun penjara atau keduaduanya sekali bagi setiap kesalahan yang dilakukan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Sementara itu, Subramaniam berkata kementerian akan meminda akta berkenaan bagi memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap golongan profesional yang gagal mengendalikan sesuatu projek dengan baik.
"Kita mahu golongan profesional, contohnya, jurutera, supaya lebih bertanggungjawab terhadap projek yang dikendalikannya dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan terutamanya melibatkan isu mekanisme keselamatan," katanya.
Beliau berkata pindaan akta itu baru sahaja di peringkat awal perangkaannya dan ia dijangka mengambil masa setahun untuk disiapkan sebelum dibentang di Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan