Sabtu, 27 Jun 2009

Selangor Sasar Setinggan Sifar 2011

TV SELANGOR


Kerajaan Negeri Selangor hari ini menyasarkan setinggan sifar di negeri ini pada 2011.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, ketika ini hanya tinggal 10 peratus kawasan setinggan yang masih wujud, terutama di Pandan Jaya.

Iskandar berkata demikian selepas merasmikan Pameran Hartanah Bumiputera 2009 di Sunway Pyramid, Subang Jaya hari ini.

Menurutnya, perbincangan akan diteruskan dengan penduduk di kawasan terbabit yang dianggap paling bermasalah dan memerlukan penelitian yang terperinci.

Katanya, masalah setinggan ini tidak diselesaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu, sedangkan mereka juga melaksanakan kempen setinggan sifar.

Pada majlis itu, Iskandar berkata, kerajaan negeri kekal dengan keputusan menetapkan 7 % kouta kepada bumiputera bagi memastikan penyertaan bumiputera dalam pembelian hartanah di Selangor.

Pameran hartanah bumiputera ini berlangsung selama 3 hari dan akan berakhir Ahad ini.

Tiada ulasan: