Isnin, 29 Jun 2009

Sekolah diarah tutup

UTUSAN ONLINE


SEREMBAN - Seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Tinggi Chung Hua di sini menjadi mangsa pertama influenza A (H1N1) di negeri ini.

Pelajar berusia 15 tahun itu disahkan menghidap wabak berkenaan dipercayai berjangkit daripada abangnya yang juga positif H1N1 selepas pulang dari Melbourne, Australia baru-baru ini dan masih di kuarantin di Hospital Seremban.

Pengetua sekolah berkenaan, Sua Sim Zang, berkata, " Jabatan Pelajaran dan Jabatan Kesihatan telah bersetuju supaya sekolah ini ditutup buat sementara waktu dan kita telah memaklumkan kepada ibu bapa menerusi e-mel."

Sim Zang menjelaskan, kesemua 46 pelajar kelas terbabit dan 14 gurunya telah diarah dikuarantin di rumah bagi tujuan pencegahan.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Abdullah Muhammad yang mengesahkan penutupan sekolah tersebut berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan meminta ibu bapa sekolah berkenaan tidak panik.

Tiada ulasan: