Sabtu, 27 Jun 2009

JKKK Perlu Wujud Data Maklumat Penduduk Kampung

TV SELANGOR


Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu prihatin dan mewujudkan satu data maklumat tentang penduduk yang mempunyai masalah serta menyumbang kepada gejala sosial.

Exco Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, masalah ini harus ditangani hingga ke akarumbi bagi memastikan Selangor bebas gejala sosial yang menjadi punca keruntuhan ummah.

Menurutnya, satu jawatankuasa induk yang diwakili pemikir-pemikir, Datuk Bandar, Yang DiPertua serta Pegawai-pegawai daerah akan ditubuh untuk membincangkan masalah ini dan memberi input terhadap jalan penyelesaiannya.

Dr Halimah berkata, pegawai daerah bertanggungjawab dalam membawa gagasan dan dasar ini kepada penghulu dan penghulu akan mewar-war kepada JKKK dan seterusnya JKKK akan melaksanakan dasar ini di kawasan masing-masing.

Susulan dari seminar ini, satu bengkel lagi akan dibuat bagi mengariskan dasar-dasar dalam menangani masalah sosial sebelum pihak PBT boleh melaksanakannya, kata Dr Halimah selepas menutup Seminar Pencegahan Gejala Sosial di Selangor.

Seminar dua hari bermula semalam, telah membentangkan sebanyak 13 kertas kerja daripada Istitusi Pengajian Tinggi, Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Bukan Kerajaan.

Tiada ulasan: