Jumaat, 26 Jun 2009

Fauzi calon PAS di Manek Urai?

Abdul Rahim Sabri


Besar kemungkinan bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah akan dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Fauzi antara empat nama yang difahamkan telah disenarai pendekkan untuk dipilih sebagai bakal calon.

fauzi abdullah manek urai by election 260609Selain Fauzi, tiga lagi nama ialah setiausaha PAS kawasan Kuala Krai, Mohamad Harun; bekas calon pada 2004, Mohd Zamzuri Mat Lazim dan ketua Pemuda kawasan, Mahadi Mohd. Zain

Seorang pemimpin PAS Kelantan yang enggan disebut namanya memberitahu Malaysiakini hanya berkata: "Lebih kurang begitulah".

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 40-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan akan mengumumkan nama calon parti di Markaz PAS Kampung Manek Urai Lama, malam ini

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijangka hadir. Penamaan calon bagi pilihanraya kecil tersebut ditetapkan pada 6 Julai.

Sementara itu, BN pula dijangka mengumumkan calonnya Ahad ini.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Tiada ulasan: