Isnin, 29 Jun 2009

Kualiti udara kebanyakan kawasan merosot sedikit berbanding semalam

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara sedikit merosot dengan bilangan kawasan yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik berkurangan berbanding petang semalam.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya memaklumkan bahawa sehingga pukul 11 pagi ini, 64 peratus atau 33 kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU baik manakala 35 peratus lagi (18 kawasan) mencatat indeks udara sederhana.

Semalam, catatan IPU menunjukkan 36 kawasan (70 peratus) mencatatkan udara baik manakala 17 kawasan (33 peratus) lagi mencatat indeks udara sederhana.

Kawasan yang merekodkan catatan IPU baik sehingga pukul 11 pagi ini termasuk Wilayah Persekutuan Labuan (25), Sarawak Limbang (13), Sri Aman (18), Sibu (28), Miri (18), Kuching (15) dan Kapit (27), Sabah Tawau (28) dan Sandakan (20), Kuala Terengganu (24) dan Jerantut, Pahang (24).

Antara kawasan yang mencatatkan kualiti udara sederhana termasuk Muar, Johor (66), Bandaraya Melaka (62), Port Dickson, Negeri Sembilan (63) dan Balok Baru, Kuantan, Pahang (60).

Di Selangor pula tiga kawasan menunjukkan kualiti udara sederhana iaitu di Pelabuhan Klang (61), Shah Alam (52) dan Kuala Selangor (58) manakala Cheras, Kuala Lumpur pula menunjukkan catatan bacaan indeks sederhana iaitu 55.

Klasifikasi bacaan IPU ialah seperti berikut: 050 (baik), 5110 (sederhana), 101200 (tidak sihat), 201300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Tiada ulasan: