Selasa, 30 Jun 2009

Influenza A H1N1: 20 kes baru, jumlah 144 kes

Harakahdaily


KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 lagi kes baru Influenza A (H1N1) dikesan semalam iaitu 16 daripadanya ialah kes import dan empat kes jangkitan tempatan.

Ini menjadikan jumlah terkumpul kes tersebut di Malaysia sehingga ini ialah 144 kes terdiri daripada 122 kes import dan 22 kes jangkitan tempatan.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd Ismail Merican, 20 kes baru hari ini melibatkan 13 rakyat Malaysia dan tujuh warga asing (1 Vietnam, 1 German, 1 Australia, 1 Jepun, 1 Amerika dan dua Indonesia).

Daripada 16 kes import, mereka telah memberikan sejarah melawat negara yang terjejas dengan wabak influenza A(H1N1), iaitu Australia (6), Indonesia (5), United Kingdom (2), Jepun (1), Singapura (1) dan Thailand (1).

Empat (4) kes jangkitan tempatan melibatkan warga tempatan.

Berikutan meningkatnya kes import dari Indonesia dan Thailand, maka mulai sekarang, semua pelawat dari negara-negara berkenaan akan dibuat pemeriksaan kesihatan sebaik sampai di Malaysia, sepertimana yang dilaksanakan terhadap pelawat dari Filipina, Australia, United Kingdom dan Amerika. - azm _

Tiada ulasan: