Jumaat, 22 Mei 2015

Salahkah Tun M langgar etika untuk kepentingan rakyat?

 
Tindakan Dr Mahathir itu bagaimanapun untuk kebaikan rakyat dan bukannya untuk kepentingan diri.


zam,mahathir



PETALING JAYA : Tan Sri Zainuddin Maidin akui Tun Dr Mahathir Mohamad banyak melakukan tindakan luar etika dan tidak mengikut budi bicara orang Melayu ketika menjadi Perdana Menteri.

Bekas Menteri Penerangan itu berkata, Dr Mahathir melakukan tindakan seperti meminda Perlembagaan untuk membataskan kuasa Raja-raja Melayu bertujuan membina maruah bangsa dan negara.

Katanya, perbuatan Dr Mahathir itu sebenarnya untuk kebaikan rakyat bukannya untuk kepentingan diri.

“Apakah Mahathir bersalah dalam meminda Perlembagaan untuk membataskan kuasa Raja-raja setelah rakyat dipukul dan dihina dengan bagitu mudah?

“Apakah beliau bersalah dalam ‘revolusi senyap’ yang mendorongkan peletakan jawatan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman dan digantikan oleh Tun Abdul Razak?

“Apakah beliau bersalah menyingkirkan Anwar Ibrahim,mengundurkan Abdullah Badawi dan sekarang menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib?

“Tetapi apakah semua tindakan Mahathir itu membawa kepada keburukan atau kebaikan kepada rakyat dan negara? Apakah faedah kepada dirinya sendiri?, soalnya dalam entri terbarunya zamkata.blogspot.com.

Bekas Ahli Parlimen Merbok berkata, rakyat jangan terkejut jika Dr Mahathir akan turun kepada taraf yang serendah-rendahnya untuk menjatuhkan Najib.

“Rakyat tidak seharusnya terkejut jika Mahathir dalam kempennya untuk menjatuhkan Najib akan turun kepada taraf yang serendah-rendahnya, melayan kritikan penyamun, penipu dan ‘ulak ayak’ (ular air) yang tiba-tiba menjadi berguna kepada kewartawanan akhbar arus perdana dan TV3 walaupun mereka menidakkan kredibiliti media sosial yang liar,” katanya.

Zainuddin berkata, isu peletakan jawatan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin merupakan contoh terbaik bagaimana isu itu mendapat perhatian rakyat.

‘Benar Dr Mahathir memalukan dirinya sendiri tetapi Pandikar Amin mendapat sokongan moral untuk mempecatkan reformasi Parlimen,” katanya.

Tiada ulasan: