Isnin, 18 Mei 2015

MP tepuk meja sokong Pandikar kekal speaker

MALAYSIAKINI


 


Anggota parlimen daripada kerajaan dan pembangkang memberi pujian kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mahu terus kekal berkhidmat sebagai yang dipertua Dewan Rakyat.

Dengan wajah yang berseri, speaker disambut dengan ahli parlimen yang menepuk meja sebagai tanda sokongan sewaktu beliau melangkah masuk ke Dewan Rakyat bagi mempengerusikan penggal baru persidangan.

"Tahniah kerana masih kekal sebagai speaker," kata Datuk Azalina Othman Said (BN-Pengerang) ketika sesi soal jawab.

"Jangan letak jawatan dan tunduk pada tekanan," gesa Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak).

"Saya duduk di atas, saya tidak tunduk kepada mana-mana pihak," jawab Pandikar.

Dilaporkan Pandikar mengakui bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi menafikan beliau mahu meletakkan jawatan yang disandangnya itu.

Beliau berkata Dr Mahathir mungkin menyangkakan beliau mahu berbuat demikian kerana kecewa dengan Parlimen.


Tiada ulasan: