Isnin, 18 Mei 2015

KDN sahkan polis berjumpa Sirul

 
Menurut KDN pertemuan polis dengan Sirul dirahsiakan supaya ia tidak menggangu siasatan.


jun,zahid,sirul


KUALA LUMPUR: Pihak polis telah mengadakan pertemuan dengan Sirul Azhar Umar yang kini berada di Sydney, Australia.

Perkara itu disahkan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Kita memang ada berjumpa (Sirul), oleh kerana ada…(desakan), apa yang rakyat sebut, masyarakat sebut…kita kena buat perjumpaan itu untuk mengesahkan apa benar Sirul buat (kenyataan berhubung kes),” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen pada Isnin.

Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) enggan mendedahkan butiran tentang perjumpaan antara polis dan Sirul Azhar.

Guan Eng meminta kerajaan untuk mendedahkan jumlah dan tarikh pertemuan antara polis dan Sirul Azhar serta nama aggota polis yang terlibat dalam siasatan berkenaan,

“Kes masih dalam siasatan dan saya khuatir sebarang pendedahan akan mengganggu kerahsiaan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas,” kata Ahmad Zahid.

Tiada ulasan: