Ahad, 10 Mei 2015

DAP: Jual atau tidak, perjanjian TH masih 'bailout'

MALAYSIAKINI


 


Penjelasan Tabung Haji (TH) semalam bahawa badan itu memutuskan untuk menjual tanah yang dibeli secara kontroversi daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak memadamkan hakikat perjanjian itu dianggap langkah penyelamatan (bailout).

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata kontroversi itu bersandarkan pada fakta bahawa badan itu membeli tanah yang 1MDB dibeli empat tahun yang lalu dengan harga RM64 setiap kaki persegi (psf) dengan harga RM2,773 kaki persegi.

"Oleh itu, fakta bahawa TH merancang untuk dalam menjual sebidang tanah minggu depan tidak relevan kepada hakikatnya bahawa 1MDB telah diselamatkan oleh dana tabung haji," katanya.

Dalam kenyataannya, Tony juga berkata 1MDB dianggap pemenang tidak kira sama ada TH berjaya menjual tanah itu untuk keuntungan ataupun tidak, kerana mereka telah mengumpul RM188 juta yang akan digunakan bagi membayar balik komitmen faedahnya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa TH pada dasarnya mengambil keseluruhan risiko dengan memegang tanah itu bagi pihak 1MDB untuk mencari pembeli sedangkan firma pelaburan tu boleh terus menjualnya kepada pembeli seperti yang didakwa TB semalam.

Dalam sidang medianya semalam, Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkali-kali menegaskan pembelian tanah itu bukan dibuat untuk menyelamatkan (bailout) 1MDB yang kini didakwa mengalami kerugian besar.

Beliau berkata ahli lembaga pengarah TH bersetuju dengan penjualan tersebut sebagai menghormati sentimen serta sensitiviti pendeposit dan mengekalkan keyakinan orang ramai, sekaligus mempertahankan tiada sebarang salah laku dalam transaksi itu [Baca berita asal]

Sementara itu, PAS mendesak supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat isu pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar turut menyifatkan pengumuman pengurusan tertinggi agensi untuk menjual tanah tersebut "suatu yang menjanggalkan".

"Hal ini kerana ia bukanlah penyelesaian kepada isu pokok iaitu mengapa wang Tabung Haji dipergunakan untuk 'bailout' 1MDB?" soal Mahfuz

"Adakah tindakan pengumuman penjualan tanah tersebut dibuat demi meredakan kemarahan orang ramai kepada pengurusan Tabung Haji ketika ini? soal Mahfuz lagi.

MP Pokok Sena itu menganggap jaminan bahawa kononnya terdapat pihak yang berminat untuk membeli tanah tersebut "tidak lebih sekadar untuk melengkapkan drama indah" isu tersebut. 


Tiada ulasan: