Ahad, 20 April 2014

Syabas akui ingkari arahan kurangkan pelepasan air ketika air empangan menyusut

Oleh Afeeqa Afeera


KUALA LUMPUR : Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengakui tidak mematuhi hasil perbincangan dengan kerajaan Selangor untuk mengurangkan pelepasan air mentah ketika penurunan paras air empangan .

Pengarah Eksekutif Syabas, V Subramaniam, berkata ia membabitkan 600 juta liter sehari dari empangan Sungai Selangor dan pengurangan pengeluaran 500 juta liter sehari air terawat di lima loji rawatan air.

Pada sidang media di sini, hari ini, beliau berkata, hasil perbincangan pada 21 Februari lalu dibuat berikutan penurunan paras empangan berkenaan tetapi Syabas tidak mematuhinya.

“Syabas tidak boleh melaksanakan arahan tersebut tanpa mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),” katanya

Beliau memberi alasan, hanya SPAN berkuasa untuk memutuskan dan meluluskan rancangan sedemikian mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (AIPA 2006).

Malah,Subramanian berkata  Pelan Pengagihan Air Berjadual Syabas hanya berkuatkuasa pada 27 Februari ini meskipun penjadualan air bermula hari ini dengan memberi alasan.tempoh dua hari untuk berbuat demikian, terlalu singkat.

Sebaliknya, beliau lebih gemar menuding jadi kepada Kerajaan Selangor kerana enggan melaksanakan banyak projek pembangunan dan penambahbaikan kapasiti bekalan air.

Beliau juga mengungkit keputusan SPAN tidak meluluskan program perbelanjaan modal (CAPEX) bagi menambahbaik dan menaik taraf sistem pengagihan bekalan air termasuk usaha mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil (NRW).- FZL

Tiada ulasan: