Selasa, 15 April 2014

Polis sita telefon bimbit Tian Chua, bantu siasat kes hasutan

THE MALAYSIAN INSIDER


Polis sita telefon bimbit Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan. Gambar fail The Malaysian Insider.Polis sita telefon bimbit Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan. Gambar fail The Malaysian Insider. 

























 
Polis mengesahkan menyita telefon bimbit milik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di sebuah hotel di Petaling Jaya kira-kira jam 8 malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata telefon bimbit naib presiden PKR itu disita bagi membantu siasatan polis di bawah Akta Hasutan 1948.

"Maklumat lanjut mengenai kes ini akan disiarkan melalui siaran media nanti, yang dilakukan (Bahagian) Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Tian Chua, Rozan Azen Mat Rasip, berkata ketika didatangi 10 anggota polis berpakaian biasa, Tian Chua sedang bertemu dengan kenalannya di hotel terbabit.

"Mereka hanya menunjukkan waran untuk menyita telefon bimbit berkenaan, namun tidak menyatakan pula untuk tujuan apa. Mereka cuma kata untuk siasatan di bawah Akta Hasutan," katanya ketika dihubungi. – Bernama,

Tiada ulasan: