Rabu, 16 April 2014

Nurul Izzah Difitnah Tayang Plakad "SAYA DAH SINGLE"


KELAB GREENBOC

Fitnah semacam sudah menjadi satu budaya bagi UMNO dan sekalian macainya. Mereka mengada-adakan yang tiada seperti apa yang dilakukan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dimana dicetakkan mereka menerbitkan gambar ahli parlimen PR dan kemudian diberikan kapsyen yang tidak pernah pun diungkapkan oleh ahli parlimen berkenaan seperti yang berlaku ke atas Teresa Kok dan Tian Chua tempohari.

Terbaru, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menjadi mangsa dimana golongan macai UMNO telah mengedit plakad yang dipegang oleh Nurul Izzah dan dituliskan "SAYA DAH SINGLE".

Kemudian mereka menghebahkannya pula melalui media sosial seperti facebook dan twitter bagi memburuk-burukkan kredibiliti ahli parlimen berkenaan. Anehnya, ada juga golongan yang termakan dengan fitnah berkenaan.



Sekalipun GB tidak menemui gambar asal, namun selepas semakan dan tinjauan, apa yang GB ketemui memang Nurul Izzah ada memegang plakad berlatar belakang hitam tetapi perkataan yang tertulis itu adalah "Tolak GST" dan bukan seperti yang diedarkan di laman sosial berkenaan.


Plakad tersebut telah diangkat dan dipamerkan oleh sebilangan besar ahli parlimen Pakatan Rakyat dalam usaha terakhir menghalang rang undang-undang GST 2014 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 7 April lalu.

Demikianlah betapa kotornya dan kejinya permainan macai-macai UMNO. Usaha mereka menabur fitnah menunjukkan betapa terdesaknya mereka sekarang ini di dalam menghadapi gelombang perubahan yang diinginkan oleh rakyat dan "fitnah" menjadi talian hayat terakhir mereka untuk terus survive di dalam arena politik negara.

Mereka menyangka dengan fitnah-fitnah yang mereka taburkan itu boleh menyelamatkan dan memanjangkan jangka hayat mereka, tanpa menyedari dengan fitnah itulah mereka bakal dihukum dengan hukum kebenaran dan keadilan, yang akan menghantar mereka ke lembah kehinaan dan kemusnahan.

Jauhi UMNO kerana anda bisa terpalit dengan dosa-dosa fitnah yang mereka taburkan.

Tiada ulasan: