Ahad, 6 April 2014

Keluarga Allahyarham Penolong Pengarah Kastam Selangor saman kerajaan, SPRM RM8 juta

Oleh: AFIX REDZUAN


KUALA LUMPUR: Keluarga Penolong Pengarah Kastam Selangor, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, mengemukakan tuntutan saman ganti kepada Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjumlah RM8 juta.

Jumlah ganti rugi berkenaan termasuk berkenaan kecuaian dan pembunuhan menyalahi undang-undang.

Mereka memfailkan saman itu melalui peguam N Surendran di pejabat pendaftar awam Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

ahmad sarbaniAhmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM di Jalan Cochrane, di sini, pada 6 April 2011.

Beliau dilaporkan pergi ke pejabat suruhanjaya itu untuk menemui pegawai penyiasat bagi membantu siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 orang pegawai.

Mahkamah Koroner, pada September 26 2011 menyampaikan keputusan nasib malang atas kematian beliau yang tidak ada unsur bunuh diri, homisid atau pembabitan pihak ketiga.
-NFN-

Tiada ulasan: