Rabu, 2 April 2014

Demo besar-besaran bantah GST 1 Mei

ANTARAPOS.COM


Post Pic
SHAH ALAM: Sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan menganjurkan demonstrasi bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), 1 Mei ini.
Penganjurnya yang dikenali sebagai Jawatankuasa 1 Mei mensasarkan demo besar-besaran di Kuala Lumpur sebagai referendum rakyat bagi mendesak kerajaan membatalkan pelaksanaan cukai berkenaan.
Menurut jurucakapnya, Dr Hatta Ramli, perhimpunan tersebut dijangka disertai ramai sama seperti perhimpunan menuntut pemansuhan Akta Dalam Negeri (ISA), beberapa tahun lalu.
"Macam dulu (berhubung isu) ISA pun, lepas kita turun ke jalan, selepas 50 tahun baru (kerajaan) mansuhkan,” 
"ISA tidak mempengaruhi semua orang, hanya orang tertentu sahaja. Tapi GST beri kesan kepada semua orang,”katanya dalam sidang media bersama anggota jawatankuasa tersebut di Kuala Lumpur hari ini.
NGO lain yang menganggotai jawatankuasa itu termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia, Gabungan Mansuh ISA, Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup.

Tiada ulasan: