Rabu, 23 April 2014

Dapat geran MOSTI RM150 juta, Najib ada hubungan dengan NSE?

rafizi_hqLyn Nasir

KUALA LUMPUR  : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi arahan supaya permohonan geran RM100 juta berlainan dari tujuan (geran penyelidikan & pembangunan) R&D dipertimbangkan oleh MOSTI.

Dedah Rafizi, NSE Resorces Corporation Sdn Bhd (NSERC) menerima dana berasingan di bawah MOSTI(Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) menerusi Skim Pembiayaan Hijau sebanyak RM50juta.

Sebelum ini, syarikat sama di dalam surat Kerajaan Negeri Terengganu bertarikh 27 Januari 2014 menerima sebanyak RM100 juta di bawah geran R&D dikelolakan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).

“Ini bermakna syarikat tersebut telah berjaya mendapat peruntukan dana awam sebanyak RM150 juta dari dua kementerian berbeza untuk menghasilkan projek komersialnya.

“Malah jumlah RM150juta itu melebihi kos projeknya yang dimaklumkan kepada MOSTI iaitu RM130juta.

Justeru, Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan menggesa Najib menjelaskan hubungan istimewa diantara NSERC dengan Najib atau ahli keluarganya mahupun melibatkan parti sehingga boleh memberi sejumlah dana yang besar kepada syarikat tersebut.

“Ini bukan perkara biasa sebab NSERC satu-satunya syarikat yang dapat geran dari dua kementerian dalam satu projek yang sama, jadi apa yang istimewanya syarikat ini,

“Saya juga difahamkan NSERC ini juga penerima geran tegar dari pihak kerajaan.

“Saya mendesak Datuk Seri Najib menghentikan serta-merta kelulusan pemberian dana RM150 ini sehingga siasatan lanjut dimulakan.”tegasnya.

Rafizi turut berkata beliau akan membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara ini minggu depan.

Tiada ulasan: