Isnin, 17 Disember 2012

TV3 (Rancangan Majalah 3) Mohon Maaf Kerana Laporan PALSU & MenipuStaff Berita Semasa on December 17, 2012

Staff Berita Semasa

 TV3 (Rancangan Majalah 3) Mohon Maaf Kerana Laporan PALSU & Menipu Penontonnya!

Andaikata niat penerbit Majalah 3 (rancangan TV3) mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai terutamnaya kalangan pengguna jalan raya yang membawa laju di jalan raya sehingga membahayakan keselamatan orang lain, ya…yang itu kami bersetuju dan menyokong, Tetapi……

Ya, ada tetapinya. Memberi kesedaran tidak semestinya perlu mengaibkan sesetengah pihak & juga melakukan penipuan jika “benar-benar ikhlas” memberikan kesedaran kepada orang ramai. Matlamat tidak menghalalkan cara. Sepatutnya disertakan kenyataan di bawahnya
‘aksi ini hanya lakonan semata-mata’
Bukankah itu lebih baik sebenarnya? Tetapi mengapa perlu “menempuh jalan sukar” dengan cara mengupah 2 orang pelakon bagi memenuhi kehendak & selera “penerbit’” ataupun golongan yang berkepentingan?

Akhirnya selepas mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak & termasuklah kumpulan bikers, pihak TV3 terpaksa akur dan semasa di akhir rancangan Majalah 3 pada 15 Disember 2012 hari Sabtu yang lalu meminta maaf secara umum dan tidak lupa juga penonton setia TV3

Kenyataan Mohon Maaf TV3 di Rancangan Majalah 3

Pihak TV3 memohon maaf kerana tidak memuatkan kenyataan “Ini Bukan Aksi Sebenar”. Sewaktu paparan visual segmen berkenaan disiarkan.

TV3 juga ingin menjelaskan bahawa wartawan yang berkenaan, Mazidul Akmal Sidik, sama sekali tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak apabila membuat komentar mengenai kelajuan kedua-dua penunggang motosikal terbabit.
Video palsu Mazidul Akmal di Majalah 3 : KLIK SINI
Mengakui kesalahan & kelemahan sendiri, bukankah satu contoh nilai yang baik.  Akhirnya penerbit Majalah 3 dan TV3 mengambil tindakan yang betul kerana minta maaf secara umum berkaitan isu lakonan aksi pelesit jalanan oleh penunggang Superbike dalam Majalah 3 minggu lalu.

P/S : Mohon maaf pun sudah, harapan kami agar TV3 tidak pula mengulangi lagi perbuatan menipu seperti ini dengan menyediakan laporan palsu kepada orang ramai di rancangan-rancangan mereka yang lain pula. Insyaallah!

Tiada ulasan: