Ahad, 23 Disember 2012

Siasat Segera Akaun Berkanun (SD) 2 P Balasubramaniam

 
KELAB GREENBOC
 
 SD Balasubramaniam: KEADILAN gesa lima pihak disiasat

Keadilan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis segera menyiasat kenyataan lima individu yang terlibat dalam memalsukan perakuan bersumpah (SD) penyiasat persendirian P Balasubramanam.

Mereka ialah Deepak Jaikishan, Datuk Nazim Razak, peguam Cecil Abraham, peguam Arulampalam selain P Balasubramaniam sendiri.

Berdasarkan pengakuan P Balasubramaniam dan Deepak, campur tangan sehingga SD tersebut diubah bersalahan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960.

“Pendedahan dibuat secara terbuka oleh Deepak dan Balasubramaniam sebelum ini. SPRM dan Polis perlu siasat sebagai badan yang berintegriti,” kata Naib Presiden KEADILAN Tian Chua pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

“Apa yang dikatakan Deepak atau Balasubramaniam, sama betul atau tidak, perlu disiasat. Kelima-lima orang perlu tampil.

Dulu Bala sahaja (akui menukar SD). Mungkin apa yang dikatakannya tak betul. (Terbaru) Deepak kata menyusun (pemberian wang kepada Bala). Dua orang sudah mengaku, tiga orang lagi perlu disiasat,” tegas Tian.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Hademan Abdul Jalail, beriya-iya menafikan penglibatan peguam senior, Cecil Abraham yang menghentikan siasatan terhadap Balasubramaniam, seperti dalam kenyataannya semalam.

“SPRM sangat bersungguh untuk nafi, tapi tak siasat. Balasubramaniam (sebelum ini) telah buat temujanji supaya dia disiasat, tapi tak terjadi,” katanya kepada pemberita.

Turut hadir sidang media, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Polis perlu siasat SD2 Bala, kata bekas ketua CID

Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia PRM) telah menutup kesnya terhadap akuan berkanun (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam, tetapi pihak polis harus memulakan siasatan sendiri terhadap perkara itu, kata bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Kes ini, katanya, tidak harus dilihat sebagai kes rasuah biasa atau pelanggaran etika di bawah Akta Profesion Undang-undang, katanya.

Katanya, SD palsu Bala bukan sahaja melibatkan pembunuhan seorang warganegara asing secara yang paling kejam dan mengerikan dalam sejarah negara tetapi juga mengandungi maklumat yang sah mengaitkan pemimpin nombor satu negara dan keluarganya serta penjualan risikan pertahanan.

Oleh itu, Mat Zain berkata, polis tidak harus menyerahkan perkara itu kepada SPRM atau Majlis Peguam untuk menyiasatnya.

Katanya, pasukan polis akan dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan pengecut jika ia tidak berani menggunakan kuasa dan kemahiran untuk menyiasat kes ini hingga ke akar umbinya dan membawa semua mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dalam apa jua cara yang diperlukan.

Balasubramaniam telah mendakwa beliau menandatangani SD kedua - yang menyangkal SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu - dalam keadaan terpaksa dan juga telah ditawarkan wang untuk berbuat demikian.

Bala telah mengaku bahawa SD kedua itu adalah palsu dan mencabar Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mendakwanya.

Mat Zain berkata manakala SPRM melihatnya sebagai kes rasuah di bawah bidangkuasa sendiri, tetapi SD palsu adalah satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan di bawah bidangkuasa polis.

Beliau berkata walaupun terdapat siasatan awal polis, tetapi Abdul Gani memutuskan untuk menggugurkan kes terhadap Balasubramaniam kerana membuat dua SD yang bercanggah, dengan menjustifikasikan tindakan itu dengan mengatakan bahawa ia tidak pernah digunakan di mahkamah.

Sedang hakikatnya, tegas Mat Zain ialah Seksyen 193 Kanun Keseksaan dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah satu kesalahan jenayah membuat kenyataan palsu, sama ada untuk kegunaan dalam prosiding mahkamah atau apa-apa maksud lain.

Satu-satunya perbezaannya adalah hukumannya, tambah beliau.

Tiada ulasan: