Isnin, 17 Disember 2012

Sedia bilik khas lampias nafsu

NORAIZURA AHMAD

Sedia bilik khas lampias nafsu

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat hiburan yang menyediakan bilik khas untuk kegiatan pelacuran diserbu dalam operasi di Jalan Brunei Utara, Off Jalan Pudu, awal pagi kelmarin.

Operasi yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 12.30 pagi itu berjaya menahan dua lelaki tempatan, enam pelacur warga asing dan seorang wanita tempatan.

Jurucakap polis berkata, operasi tersebut dijalankan bertujuan mengesan individu yang dikehendaki selain memeriksa pusat hiburan di kawasan tersebut.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dalam premis hiburan tiga tingkat itu, polis menemui sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan dalam bilik tersebut menemui tilam dan rak tuala dipercayai digunakan untuk kegiatan pelacuran,” katanya.

Operasi yang diketuai Inspektor Nasir Ismail bersama dua pegawai dan 10 anggota mendapati, dua lelaki tempatan didapati bersalah bersabit kesalahan kes dadah.

Beliau berkata, wanita warga asing yang ditahan berusia 20-an berasal dari China dan Vietnam.

Menurutnya, siasatan mendapati mereka menggunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara ini.

“Siasatan mendapati premis hiburan ini tidak mempunyai lesen perniagaan hiburan dan menyediakan pelacur kepada pelanggan yang dikenali,” katanya.

Semua ditahan di bawa ke IPD Dang Wang untuk siasatan.

Tiada ulasan: