Selasa, 11 Disember 2012

Pulau Bebas Cukai Kenyir; Satu 'Projek Politik' Umno-BN

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/kenyir%20projek%20politika.jpgHULU TERENGGANU - Pembanunan Projek Pulau Bebas Cukai di Tassik Kenyir disifatkan hanya sebuah projek politik Umno dan Barisan Nasional Terengganu yang tidak menjamin pulangan kepada pelaburan ratusan juta ringgit wang rakyat.

Menurut Ahli Dewan undangan (ADUN) Bukit Tunggal, YB Dr. Alias Razak kerajaan telah meluluskan lebih RM100 juta dalam bajet 2011 dan 2012, namun perkembangan pembinaan projek tersebut tidak setara dengan peruntukan yang telah diluluskan.

Beliau optimis, kos pembinaan pulau bebas cukai itu akan meningkat berlipat kali ganda, malahan akan mencapai kepada angka hampir kepada RM1 bilion ringgit.

"pada bajet 2011 telah diluluskan lebih kurang RM40 juta, pada bajet 2012 (diluluskan) RM70 juta lebih, jumlahnya lebih RM100 juta, tapi apa yang kita nampak (hanya) sebahagian kecil kerja-kerja tanah yang dijalankan.....tidak ada satu bangunan pun yang didirikan.....adakah ini munasabah dengan harga yang telah diluluskan?,

"kita menjangkakan harga akan (menjadi) lebih tinggi dari apa yang dijangkakan.....jangkaannya lebih RM300 juta, saya rasa dengan keadaan macam ini, harga akan lebih dari anggaran.....mungkin hampir RM1 bilion,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika melawat projek-projek pembangunan di Tasik Kenyir pada Khamis, 6 Disember. [Lihat Video]
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/kenyir%20projeek%20politik%20dr%20aliasa.jpgBeliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu mempersoalkan adakah projek tersebut adalah sebuah projek kos efektif yang memberi pulangan kepada kerajaan atau sebaliknya akan menjadi sebuah projek 'Gajah Putih'.

Sepatutnya, kata beliau, kerajaan membuat satu kajian terperinci terhadap projek terbabit sebelum melaksanakannya kerana ia menelan kos yang begitu besar.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah ahli-ahli Mesyuarat Dewan Harian PAS Terengganu, termasuk Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Mengulas isu yang sama, Haji Wahid berpendapat, pulau bebas cukai itu tidak akan menarik kunjungan ramai pelancong kerana kedudukan yang agak jauh dari daratan, yang melibatkan belanja besar kepada mereka yang ingin mengunjunginya.

"dari jeti Gawi kita ambil masa dengan bot laju hampir sejam (sampai ke sini)....bag pelancong kalau dia berhenti di lapangan terbang, dia boleh beli barang bebas cukai di lapangan terbang....tak semestinya dia datang ke sini (pulau bebas cukai),

"apa keistimewaannya di sini? kalau nak melawat itu faktor lain, tapi bagi saya, saya beranggapan nak mari beli disini kalau barang murah RM1 (dari tempat lain) orang takkan mari (datang) sini,"katanya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/kenyir%20projeek%20politik%20haji%20wahida.jpgBerdasarkan kesukaran logistik mengangkut mesin dan jentera, bahan-bahan binaan serta penempatan para pekerja, beliau yakin, pembinaan pulau bebas cukai tidak akan dapat disiapkan dalam masa segera.

Katanya, ia dibuktikan lagi pada kenyataan kerja pada papan tanda pembinaan tersebut, yang meletakkan tarikh permulaan kerja tetapi tidak menetapkan tarikh siap projek terbabit.

"ia melibatkan kos pengangktan barang-barang, aga sukar..... (untuk didiapkan segera) tahun depan mungkin tak sempat nak siap....... tarikh mula bina ada, tarikh siap tamat pembinaan tak ada,

"jadi kerana tarikh siap tak ada, (jadi) sampai bila-bila ia boleh bina....tak ada had tak ada kerangka masa,"jelasnya.

Justeru itu, menurut Haji Wahid, dengan keadaan keindahan semula jadi Tasik Kenyir sedia ada pun, tidak ramai penduduk tempatan rakyat Terengganu yang mengunjungi Tasik Kenyir.

Apatah lagi, katanya, tidak ramai yang akan mengunjungi, kalau datang ke Taik Kenyir dengan belanja yang besar, hanya untuk membeli barangan 'bebas cukai' yang murah sedikit harganya

Beliau berkeyakinan, pembangunan pulau bebas cukai di Tasik Kenyir itu adalah hanya satu projek politik semata-mata.

Tiada ulasan: