Khamis, 13 Disember 2012

PKR yakin ICAC buka semula kes RM40 juta

 
Ini berikutan pertemuan hari ini di antara delegasi PKR dengan ahli Majlis Perundangan Hong Kong, James To. 



PETALING JAYA: PKR yakin Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) akan membuka semula kes penyeludupan wang secara  haram sebanyak RM40 juta yang didakwa merupakan sumbangan untuk Umno Sabah yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Datuk Seri  Musa Aman.

Ini berikutan pertemuan hari ini di antara delegasi PKR dengan ahli Majlis Perundangan Hong Kong, James To, yang juga Naib Pengerusi,  Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menegaskan, “semasa pertemuan tersebut, saya yakin bahawa bukti-bukti dan dokumen yang  diserahkan merupakan bukti baru dan dokumen yang belum diperolehi ICAC.

“Ini termasuk keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat (Zenique Investments  Ltd dan Blisstop Corporation Ltd) yang dikaitkan dengan Michael Chia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya lagi, begitu juga dengan akuan bersumpah oleh bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Lajim  Ukin.

Dalam akuan bersumpah tersebut, Lajim menafikan bahawa wang RM40 juta adalah derma politik kepada Umno kerana ia tidak pernah  diumumkan kepada pengurusan Umno Pusat atau Umno Sabah, yang dipandang serius oleh ICAC.

Ujar Rafizi, “malah, saya yakin bahawa ICAC akan memanggil saksi rahsia yang telah tampil untuk memberi keterangan dan maklumat  dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC. Saya juga yakin Lajim Ukin akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong.

Rahsia siasatan 

“Namun begitu, ICAC memohon kerjasama kami untuk tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini mengikut prosedur mereka bagi  melindungi kerahsiaan siasatan.

“Oleh yang demikian, kami tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya  seperti yang diputuskan oleh ICAC.

“Saya beranggapan bahawa permintaan ICAC supaya butiran siasatan setakat ini dirahsiakan mengesahkan bahawa ICAC memandang  serius kes ini dan akan mengambil tindakan susulan termasuklah memanggil saksi-saksi,” terang beliau.

Katanya, walaupun ICAC tidak akan mengesahkan secara rasmi bahawa kes ini dibuka semula, keseriusan dan perhatian yang diberikan  mengenai kerahsiaan kes membayangkan bahawa siasatan penuh akan menyusul.

“James To memaklumkan kepada delegasi bahawa ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang  haram (“money laundering”) yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding di negara-negara lain.

“Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di  Malaysia.

Perkembangan sihat di Hong Kong ini akan terus disusuli dengan kempen-kempen penerangan terbaru di Sabah dan seluruh Malaysia  untuk meningkatkan tekanan supaya pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Peguam Negara menyiasat kembali kes  ini.

Delegasi PKR disertai oleh William Leong (Ahli Parlimen Selayang), Hee Loy Sian (Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan), Chang Li Kang  (ADUN Teja) dan Darell Leiking (Timbalan Setiausaha Agong/Ketua Cabang Penampang) termasuk Rafizi sendiri.

80 ulasan:

zam berkata...

biarkan PKR dengan keyakinan mereka tu. entah bukti mereka tu boleh pakai atau tidak.

zam berkata...

kini Rafizi berlagak seperti jurucakap ICAC saja.

zam berkata...

isu ini dimainkan sejak dulu lagi tapi sampai sekarang gagal dibuktikan.

Sotong Kurita berkata...

Ulangan Penipuan Scorpene Di Hong Kong

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Rafizi Ramli, calon PKR untuk Parlimen Pandan yang dikatakan berpeluang cerah menewaskan Ong Tee Kiat di kawasan tersebut, masih berusaha untuk menonjolkan nama dan dirinya dalam arus politik negara. Selepas ‘kejayaan’ hampir memufliskan NFCorps dan menggelapkan kerjaya politik bekas Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil, Rafizi Ramli mencuba pula nasibnya di Sabah.

BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Sotong Kurita berkata...

Ulangan Penipuan Scorpene Di Hong Kong

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Isu wang rasuah RM40 juta cuba digembar-gemburkan dengan bantuan jentera-jentera propaganda PKR dan Pakatan Rakyat yang akan menggerakkan isu berkenaan secara bersepadu dalam tempoh beberapa hari lagi. Mangsanya adalah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Sotong Kurita berkata...

Ulangan Penipuan Scorpene Di Hong Kong

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Sabah dilihat sebagai deposit untuk ke Putrajaya. Sekiranya PKR dan Pakatan Rakyat berjaya menawan Sabah dari tangan UMNO-BN, peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya adalah lebih cerah. Pun begitu, PKR dan Pakatan Rakyat perlu berhadapan dengan rintangan yang sangat besar untuk menawan Negeri Di Bawah Bayu ini iaitu Datuk Musa Aman, orang yang telah berjaya meletakkan Sabah sebagai salah sebuah negeri yang berdaya saing di Malaysia.

BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Sotong Kurita berkata...

Ulangan Penipuan Scorpene Di Hong Kong

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Bahkan simpanan tunai Sabah pada tahun 2011, berkali-kali ganda lebih tinggi banyaknya berbanding simpanan tunai Selangor. Begitu juga dengan jumlah dan nilai kemasukan pelaburan ke Negeri Sabah, tercatat sebagai yang paling tinggi berbanding mana-mana negeri di seluruh Malaysia.

BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Sotong Kurita berkata...

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Tidak banyak isu yang boleh digunakan oleh PKR dan Pakatan Rakyat untuk menghentam Musa Aman. Walaupun terdapat isu-isu seperti pemimpin-pemimpin tak ada gigi melompat parti, ianya juga bukanlah isu besar, memandangkan pemimpin-pemimpin berkenaan terdiri daripada mereka yang sememangnya bermasalah dan tidak lagi dikehendaki oleh rakyat sebagai wakil mereka, sama ada di Parlimen, mahupun di Dewan Undangan Negeri.

BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Sotong Kurita berkata...

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Sebelum ini, PKR merupakan pihak yang paling kuat memainkan isu Scorpene, kapal selam yang mereka dakwa tidak boleh menyelam, tidak boleh menembak peluru berpandu dan tidak boleh belayar sendiri kecuali didayung dengan menggunakan tangan.

BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Sotong Kurita berkata...

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Dengan menggunakan bantuan daripada SUARAM, proksi haram sebuah syarikat yang mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada Zionis, PKR cuba mencipta persepsi di kalangan rakyat Malaysia bahawa pembelian kedua-dua buah kapal selam berkenaan hanyalah satu pemborosan dan penyelewengan wang rakyat.

BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Sotong Kurita berkata...

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Bukan main lagi sembang PKR dan Rafizi Ramli tentang Scorpene sehingga timbul cerita kononnya, mahkamah Perancis akan mengadakan perbicaraan berhubung pembelian kedua-dua buah kapal selam berkenaan. Namun akhirnya, kebenaran terbukti yang kerajaan dan pihak berkuasa Perancis tidak melayan pun pembohongan Anwar Ibrahim dan PKR. Bahkan perbicaraan yang dikatakan akan diadakan itu, langsung tidak wujud.

BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Sotong Kurita berkata...

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Biarpun SUARAM dan Anwar Ibrahim berulang-ulang kali menekankan bahawa memang ada perbicaraan di Mahkamah Perancis dengan menyebut Najib Abdul Razak serta Zahid Hamidi merupakan antara yang akan disapina untuk memberi keterangan, namun cerita sebenar sudahpun diketahui. PKR dan SUARAM ternyata adalah pembohong besar.

BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Sotong Kurita berkata...

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Kali ini, perkara yang sama juga berlaku melibatkan RM40 juta dari Hong Kong yang digunakan untuk acara politik UMNO Sabah. Bersungguh-sungguh benarlah Rafizi Ramli dan PKR untuk membina persepsi bahawa mereka telah berjaya membuktikan bahawa wang tersebut adalah wang rasuah UMNO Sabah atau lebih tepat lagi, Ketua Menteri Sabah (setaraf dengan tuduhan Anwar Ibrahim yang makan duit daripada agen-agen luar negara).

BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Sotong Kurita berkata...

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Yang pastinya, penipuan ala-ala Scorpene akan berulang dalam kes ini. Buktinya, pada ketika PKR menyatakan bahawa mahkamah Hong Kong akan membicarakan kes tersebut, ahli perniagaan balak Michael Chia dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan. PKR menerusi mulut Rafizi Ramli menyatakan bahawa kes tersebut dibubarkan ekoran tiada sebarang kerjasama daripada Kerajaan Malaysia.

BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Sotong Kurita berkata...

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Walhal secara logiknya, kes tersebut berlaku di Hong Kong dan Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang kuasa di Hong Kong sama ada untuk mempengaruhi keputusan mahkamah atau perundangan, apatah lagi menyelamatkan Michael Chia daripada didakwa.

BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Sotong Kurita berkata...

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Malah pegawai-pegawai ICAC sendiri pernah datang ke Sabah untuk melengkapkan siasatan mereka selama sebulan, namun hasil siasatan tetap tidak menemui sebarang petunjuk bahawa wujud unsur-unsur rasuah dalam kes berkenaan.

BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Sotong Kurita berkata...

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Rafizi Ramli akan tetap menggunakan modal kononnya kempen sedang dijalankan untuk mempengaruhi badan perundangan Hong Kong untuk membuka semula kertas siasatan, kononnya untuk menjaga imej badan anti rasuah Hong Kong, ICAC agar tidak dimalukan kerana tidak menyiasat dan membicarakan kes yang dikatakan oleh Rafizi Ramli sebagai rasuah.

BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Sotong Kurita berkata...

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RASUAH TIDAK PERLU BEGITU YAKIN JIKA PENDEDAHAN INI HANYA MENGULAGI PENIPUAN SCORPENA DI PERANCIS

Keputusan akhirnya seperti yang diketahui… akan sama seperti kes Scorpene di Perancis!

Siasat bertahun-tahun, akhirnya pembohongan Pakatan Rakyat juga yang tersembul keluar...


BAIK RAFIZI BONGKAR SKANDAL RASUAH ANWAR, AZMIN, KHALID DAN ZURAIDA.. BAGAIMANA PEMIMPIN2 INI MAMPU MEMILIKI KEKAYAAN LUAR BIASA?

Scarlett berkata...

Populariti media baharu seperti Facebook dan Twitter serta ribuan blog berunsur politik yang prokerajaan mampu menjadi pemangkin usaha Barisan Nasional (BN) meraih sokongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

Scarlett berkata...

Golongan muda dilihat lebih mempercayai media baharu berbanding konvensional, medium berkenaan diharap dapat membantu kerajaan menangkis tohmahan yang dilempar pembangkang.

Scarlett berkata...

Blogger yang selama ini menyokong kerajaan di alam maya perlu terus membuat penerangan mengenai sesuatu isu, sekali gus dapat membantu kerajaan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai sesuatu perkara buruk yang cuba ditohmah oleh pembangkang.

Scarlett berkata...

Ini penting kerana golongan muda lebih banyak mengikuti perkembangan politik tanah air melalui media baharu.

Scarlett berkata...

Laman sosial, terutama Facebook banyak membantu pemimpin menjalankan tugas dengan lebih berkesan kerana dapat “mendengar” aduan secara terus daripada rakyat, sekali gus dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin.

Scarlett berkata...

Dengan adanya maklum balas secara terus daripada rakyat, pemimpin dapat membuat pembetulan terhadap beberapa masalah dan kekurangan dalam kepimpinannya.

Scarlett berkata...

Kerajaan yakin laman sosial dan media baharu ini termasuk sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) sebagai satu kaedah kreatif untuk memberi maklumat yang tepat dengan cara yang cepat kepada masyarakat.

Scarlett berkata...

Pemilihan calon BN sedang disemak oleh pimpinan tertinggi parti untuk menentukan siapa yang layak dan menepati kriteria ‘calon boleh menang’.

Scarlett berkata...

Pimpinan tertinggi parti juga tidak lagi melihat kepada anggota yang berjawatan dalam parti, tetapi memilih calon berdasarkan siapa yang disukai rakyat bagi memastikan BN terus meneraju negara dan merampas semula Kelantan

Scarlett berkata...

Rakyat pelru bijak menilai setiap maklumat yang disampaikan di dalam media alternatif.

Star berkata...

Jika benarlah Musa rakus, mengapa kadar kemiskinan negeri terus merudum? pada tahun 2003 semasa Musa dilantik sebagai Ketua Menteri, kadar kemiskinan Sabah berada di atas 24 peratus, kadar itu berjaya diturunkan dan kini kadar kemiskinan hanya 15 peratus. Kadar kemiskinan ini akan terus turun, apabila projek-projek membasmi kemiskinan seperti Jelapang Padi, Agropolitan, PIOC dan Sabah Development Corridor siap dan berjalan sepenuhnya.

Star berkata...

Projek mega seperti projek Baja di Siptiang, projek minyak dan gas di Kimanis serta Kota Belud, akan menyumbang peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.Apabila projek-projek ini berjalan sepenuhnya, kadar kemiskinan negeri akan terus merudum.

Star berkata...

Sebenarnya mereka yang mengritik Musa dengan berbagai tuduhan yang direka, adalah mereka yang cemburu kepada kejayaan Ketua Menteri itu.

Star berkata...

Dalam soal politik, Musa mendapat sokongan padu daripada para pemimpin yang mempunyai perjuangan yang sama dengan beliau, yakni membangun negeri dan rakyat. Musa hanya tidak disenangi oleh mereka yang rakus projek untuk kepentingan diri sendiri.

Star berkata...

Musa hanya tidak disukai oleh mereka yang mahu kuasa- walaupun mereka itu suatu ketika telahpun diberi peluang termasuk jawatan menteri, namun, gagal membawa pembangunan di kawasannya khasnya dan umumnya di negeri ini, kerana matalamat mereka itu, hanya untuk mendapatkan projek demi kepentingan poket sendiri.

Apabila jawatan yang diamanahkan ditarik balik, kerana gagal membawa pembangunan untuk rakyat dan negeri, mereka kecil hati, lalu me-reka-reka berbagai alasan, termasuk keluar daripada parti yang memberi sumbangan peribadi kepada mereka.

Star berkata...

Bagi mereka yang masih bersama parti, sanggup pula menjadi gunting dalam lipatan, untuk menjatuhkan Musa. Berbagai gerak saraf mereka reka, seolah-olah Musa membolot semua projek yang dilaksanakan dalam negeri.

Star berkata...

Mereka lupa, bahawa Musa lah yang bertanggungjawab mengagih-agihkan semua projek dalam negeri, atas kapasitinya sebagai Ketua Kerajaan dan Menteri Kewangan, namun beliau tidakpun berkuasa terhadap projek-projek yang dilaksanakan kementerian persekutuan, sedangkan kalau diimbas sepintas lalu, peruntukan daripada persekutuan berkali lipat berbanding peruntukan kerajaan negeri yang mengalir ke dalam negeri ini.

Star berkata...

Menuduh Musa sebagai rakus, hanya mainan politik yang cemburu, mainan politik yang kurang arif mengenai pembangunan negeri.

Sikap diam Musa terhadap semua tuduhan ini, menggambarkan bahawa beliau tidak terpengaruh dengan semua tuduhan rekaan itu, kerana beliau tahu apa yang dilakukannya.

mantera berkata...

ICAC akan meneliti dulu bukti dikemukakan Rafizi, lepas tu baru buat keputusan nak buka semula kes ini atau tidak.

mantera berkata...

kita tgklah samada kes ini ini akan dibuka semula atau tidak, apa2 keputusan, kena terima.

mantera berkata...

jika ICAC tak buka semula kes ini kerana bukti tak relevan, harap Rafizi tdk meroyan pula.

mantera berkata...

Musa tak perlu nak takut kerana dia mmg tak bersalah, berani kerana benar.

mantera berkata...

Rafizi kini melantik dah dirinya sebagai JURUCAKAP ICAC

mantera berkata...

Rafizi seolah-olah menjadi sebahagian daripada ICAC, menyatakan bahawa badan Hong Kong itu memberi janji akan meneliti semua dokumen yang diserahkan

mantera berkata...

Tindakan pembangkang untuk memperbesar-besar isu sumbangan kepada Umno Sabah adalah untuk mengwujudkan persepsi negatif terhadap Musa Aman

mantera berkata...

supaya rakyat menolak BN pada PRU-13 akan datang.

mantera berkata...

usaha mengwujudkan persepsi negatif itu tidak akan berjaya, kerana rakyat Sabah sebenarnya telah maklum bahawa pendapatan daripada balak bukan lagi penyumbang utama kepada pendapatan negeri itu.

mantera berkata...

lagipun, kerajaan Sabah sekarang begitu ambil berat terhadap penjagaan hutan2 di Sabah.

mantera berkata...

kerja-kerja pembalakan untuk tujuan ekport sudah lama dikurangkan.

mantera berkata...

Ketua Menteri Musa Aman waktu ini telah membuktikan bahawa Ekonomi Sabah meningkat dari masa ke semasa dan merubah Sabah kearah lebih maju dari sebelumnya.

mantera berkata...

rakyat Sabah terutama pemimpin yang ada waktu ini sanggup bekerjasama dengan Anwar Ibrahim maka tidak mustahil Sabah akan jatuh ketangan Anwar Ibrahim yang bukan anak Sabah sebaliknya akan menjahanamkan politik serta Ekonomi Sabah.

mantera berkata...

Bagaimana pula di Sabah kelak jika Anwar Ibrahim melalui Pakatan mereka berjaya membentuk kerajaan? Siapa yang berkuasa? Pemimpin Sabah?

mantera berkata...

Tidak cukup dengan Anwar Ibrahim yang sedang galak mencatur politik Sabah ada desas desus pula menyatakan ada juga pimpinan lain yang sedang berusaha menjatuhkan Ketua Menteri Musa Aman di Sabah

mantera berkata...

semua yang ingin jatuhkan Musa adalah mereka yang cemburu dgn kejayaan Musa dan yang ingin merebut jawatan Ketua Menteri.

John Winchester berkata...

KALAU bukan kerana tsunami politik pada PRU-12, Sabah masih kurang diperhatikan dalam politik nasional. kini pembangkang berebut-rebut mahu menawan undi rakyat Sabah.

John Winchester berkata...

Disebabkan Sabah dan Sarawak,maka BN mampu membentuk kerajaan, walaupun tidak mendapat majoriti 2/3 di dewan rakyat. Anwar dan segala jentera PKR mahu menawan Sabah dan Sarawak dengan pelbagai strategik

John Winchester berkata...

Sabah yang ditunjangi oleh UMNO bersama PBS dan parti-parti lain seperti UPKO, LDP serta MCA, Gerakan dan PBRS dianggap sebagai simpanan tetap BN

Blackforest berkata...

Umno dan Barisan Nasional (BN) di Sabah tetap kukuh dan akan terus melaksanakan langkah perlu bagi memastikan keadaan itu berterusan.

Blackforest berkata...

PKR jangan terlalu yakin. pihak ICAC belum tentu akan memberi respon positif.

Blackforest berkata...

Rafizi hanya jadi boneka Anwar, terlalu mengharap untuk menjadi ahli parlimen.

Blackforest berkata...

Kalau kali ni kes tidak dibuka juga, pembangkang terimalah kenyataan.

Blackforest berkata...

Lepas PRU, isu ni pasti akan reda. waktu dekat PRU ja dihebohkan.

Tanpa Nama berkata...

PKR should not hold their hopes too high for now.

Tanpa Nama berkata...

The ICAC did not make any promises they only say they will look at the evidence presented.

Tanpa Nama berkata...

If the ICAC thinks that the evidence are insufficient, they can chose not to reopen the case.

Tanpa Nama berkata...

If the ICAC did not reopen the case, PKR would be so disappointed.

Tanpa Nama berkata...

We shall just wait and see what the ICAC decided on this case after this then.

Tanpa Nama berkata...

Jangan terlalu yakin pula, ada kemungkinan ICAC tidak membuka semula kes ini.

Tanpa Nama berkata...

Keputusan terletak dalam tangan ICAC setelah bukti itu telah dikaji.

Tanpa Nama berkata...

Bukti itu kenalah releven dengan kes tersebut barulah ICAC boleh membuka kes ini semula.

Tanpa Nama berkata...

Tapi saya tidak nampak apa yang releven dengan akuan bersumpah Lajim dan kes Hummer itu.

Tanpa Nama berkata...

Isu Hummer itu langsung tiada kaitan dengan dakwaan RM40 juta Musa Aman.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul anak Nazri menerima kereta itu daripada Michael Chia, apakah kaitan itu dengan pembersihan nama Musa?

Tanpa Nama berkata...

Bukan Nazri yang memutuskan untuk menutup kes RM40 juta itu.

Tanpa Nama berkata...

Keputusan menutup kes itu dibuat oleh ICAC dan MACC setelah penyiasatan lanjut dijalankan.

Tanpa Nama berkata...

Nazri Aziz hanya membacakan keputusan tersebut dalam parlimen dan bukan beliau yang menutup kes tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Tetapi kes Hummer itu juga belum dapat dibuktikan berasaskan gambar dan video Rafizi Ramli.

Tanpa Nama berkata...

Tidak tahu apa yang Rafizi fikirkan dengan menyerahkan bukti yang tidak lengkap ataupun releven kepada ICAC.

Tanpa Nama berkata...

Kita tengoklah apa yang ICAC akan fikir setelah melihat bukti tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Tapi PKR tidak boleh expect ICAC membuka kes itu semula dengan bukti yang tiada kena mengena.

Tanpa Nama berkata...

Baik PKR hentikan perbuatan mempolitikkan isu ini.

Tanpa Nama berkata...

Perlu belajar menerima kenyataan nyata.