Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, pihaknya kesal walaupun laporan polis sudah dibuat, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa.
"Setakat ini satu pun belum diambil tindakan tanpa memanggil wakil PKR, itu yang kita kesalkan.
"Nampaknya keganasan politik masih terus berjalan tanpa ada sebarang kawalan daripada PDRM yang sepatutnya nuetral dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana organisasi politik apatah lagi daripada pihak berkuasa," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad berharap tindakan segera sepatutnya diambil PDRM untuk menghentikan perbuatan keganasan ke atas parti-parti politik dalam setiap kegiatan dan aktiviti mereka.
"Sejak akhir-akhir ini PKR dan Pakatan Rakyat sentiasa menjadi sasaran samseng politik, jelas tindakan ganas mereka seolah-olah terdesak lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.
Jelasnya, tindakan ganas yang ditonjolkan Umno-BN itu memberi gambaran buruk bahawa amalan demokrasi di Malaysia semakin parah dan membimbangkan sehingga boleh menjejaskan keselamatan rakyat dan juga masa depan negara.
Katanya, insiden serangan ke atas bas JMR Ahad lalu berlaku pada jam 6.30 petang di antara Kilometer 333 dan 327 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah utara, sewaktu dalam perjalanan ke program Deepavali anjuran PKR Perak di Tapah.
Peristiwa itu katanya, merupakan kali keempat berlaku selepas siri Jelajah Merdeka Rakyat di Kelantan, Johor, Melaka dan Kedah.
1 ulasan:
Apabila berjaya ke Putrajaya nanti PR harus mengeluarkan borang 'option' kepada semua anggota polis yang sudah dikenalpasti untuk mereka terus bersama rakyat atau berkhidmat terus dengan UMNO.
Catat Ulasan