Jumaat, 7 Disember 2012

Pemuda Gesa Tubuh Suruhanjaya Bebas Menyiasat Pendedahan Musa Hassan

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/Khalil.jpgMARANG - Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi menyokong kenyataan Dewan Pemuda PAS Malaysia, supaya satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan bagi menyiasat kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ke atas Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishamuddin Hussein .

Menurut Khalil, Musa Hassan dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.

Khalil berkata, kerajaan wajar dengan segera merungkai misteri dakwaan Musa supaya tidak membuat rakyat tertanya-tanya dan akhirnya hilang kepercayaan kepada pihak polis.

“kerajaan wajar, dengan seberapa segera, menubuhkan satu pasukan bagi menyiasat dan membongkar segala ‘misteri’ dakwaan bekas orang nombor satu dalam pasukan polis itu,

“agar keraguan yang timbul dikalangan rakyat diredakan dan integriti polis dikembalikan,”ujarnya

Sebaliknya, kata beliau, sekiranya kerajaan tunduk dengan dakwaan Naib Presiden Umno Hishamudin Hussein, sistem ketelusan pentadbiran negara akan hancur.
Menurut Khalil  yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Marang, pendedahan tersebut tidak boleh dianggap satu pengkhianatan oleh bekas ketua polis itu tetapi maklumat yang wajar didedahkan dan disiasat .

Katanya, dakwaan Musa adalah sesuatau yang serius dan tidak pernah berlaku sebelum ini kerana  tindakan campur tangan Hishamuddin itu, menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967).

“seksyen terbut  hanya membenarkan Ketua Polis Negara saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan,”tambahnya

Tiada ulasan: