Ahad, 16 Disember 2012

Pekerja CIMB berpiket bantah pengurusan adik Najib Razak

KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Lebih 300 ahli Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (Nube) semalam berpiket depan  Menara Bumiputra Commerce berhampiran pusat beli-belah Sogo bagi membantah pengurusan yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Nazir Razak.

Ia berikutan Nube menuntut pembelaan kerana kesatuan itu menganggap berlaku penindasan terhadap pekerja bank termasuk hak pekerja dilanggar manakala tanggungjawab sosial dikhinati.





Afendi Md Ali dipecat kerana mempersoal penyalahgunaan dana. Norlaily Mat Loddin yang hamil empat bulan dijerit, dimarahi dan diugut pengurus cawangan hingga pengsan  kerana enggan membuat transaksi yang melanggar undang-undang.

“Kira-kira 100 pekerja kontrak sementara dinafi jaminan pekerjaan dan hak untuk kehidupan lebih baik sepertimana dijamin kontrak tetap. Mereka juga tertakluk kepada diskriminasi melampau.

“Penilaian prestasi dan bayaran kepada pekerja (turut) ditipu; pekerja dinafi makanan ketika menghadiri latihan dan uniform untuk pekerja juga diabai,” kata kenyataan Nube.

Demontrasi antara jam 10 pagi hingga 1 petang itu menyaksikan mereka membawa sepanduk mengecam CIMB dan Nazir, antaranya ‘Adik PM Malaysia Mungkiri Janji’ dan Adik PM sabotaj Manfaat untuk 100,000 rakyat Malaysia’.

Demonstrasi turut gamat apabila peserta memutar lagu Gangnam Style yang diiringi dengan tiupan vuvuzela serta paluan kompang dan gendang masyarakat India.



Nazir adalah adik kepada Datuk Seri Najib Razak yang turut dikait dengan pendedahan usahawan, Deepak Jaikishan berkaitan pembayaran kepada Penyiasat Persendirian, Balasubramanim.

Kenyataan Nube juga menyebut, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu boros berbelanja RM18.7juta bagi menganjurkan pertandingan Golf CIMB Classics 2012 dan RM2.5juta untuk 128 pemain golf muda.

“Pihak pengurusan tertinggi juga dapat bayaran bonus tinggi beserta kereta mewah dan faedah lain,” katanya.

(Sumber gambar: Internet)

Tiada ulasan: