Khamis, 6 Disember 2012

Orang Kuat Ibu Pejabat Umno Akan Sertai Pakatan Rakyat?

MSO

Jangan percaya dulu! Seorang kuat di ibu pejabat Umno di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur diberitakan sedang menimbang untuk meninggalkan Umno dan menyertai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat. Tokoh berkenaan yang pernah 'menguasai' ibu pejabat Umno kini tidak lagi berkhidmat di situ beberapa tahun lepas.

Menurut empunya cerita sekiranya tokoh berkenaan sudah memuktamadkan keputusan itu dia akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tidak dipastikan apakah tokoh bergelar Datuk itu sudah menghubungi penasihat PKR atau belum? Bagaimana pun dari sumber lain oppotiment untuk tujuan itu sudah diatur seseorang hanya menanti masa senggang Anwar saja.

"Ini saya bagi tahu kepada saudara saja, yang lain tunggu dulu," tutur yang menyampaikan maklumat sulit ini lewat tengah hari ini.

Menurutnya keputusan akan dibuat sebaik saja tokoh itu menyelesaikan beberapa masalah peribadinya yang kini sudah diperingkat akhir.

Tokoh berkenaan juga akan turut membawa beberapa orang kenamaan lain di dalam Umno terutamanya yang rapat dengan untuk berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

Pentutur maklumat ini tidak menyebut panjang lebar kenapa tokoh itu mengubah haluan perjuangan. Tetapi umum sudah tahu bekas orang kuat itu tidak lagi disenangi oleh rejim Umno yang memerintah hari ini. Suspen!

Tiada ulasan: