Penyanyi
bertaraf antarabangsa, Mizz Nina mengalami situasi cemas apabila
tingkap kereta yang dipandunya telah dipecahkan oleh individu yang
tidak dikenali di Ampang Jaya.
Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman,
31, menerusi laman sosial Instagram miliknya berkata, dia
ketika itu berhenti di persimpangan lampu isyarat tempat kejadian
sebelum dirompak dan telah kehilangan beg tangan miliknya yang
diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu.
“Kereta saya dipecah dan beg tangan saya dirompak di persimpangan lampu isyarat Ampang Jaya.
“Pesanan buat pemandu wanita, letakkan beg tangan anda di bawah tempat duduk kereta,” katanya.
Berdasarkan
masa entri foto tingkap kereta pecah di bahagian kiri yang dimuatkan
pada Instagram penyanyi itu, kejadian rompakan berlaku sekitar tengah
hari Isnin.
Isteri
kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh itu turut berkata, ia
merupakan satu pengajaran yang besar buat dirinya gara-gara terlupa
untuk meletakkan beg tangan itu di tempat yang selamat.
“Saya
belajar dengan kesilapan yang telah berlaku. Kadangkala wanita sering
lupa untuk meletakkan beg tangan mereka di tempat yang selamat.
“Jangan buat seperti apa yang telah saya lakukan,” katanya di laman Twitter pula.
“Jangan buat seperti apa yang telah saya lakukan,” katanya di laman Twitter pula.
Sementara itu, Mizz Nina gagal dihubungi untuk mendapatkan kenyataan lanjut berhubung kes berkenaan.
Pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Riz yang dihubungi mStar Online memberitahu, dia turut gagal mendapatkan penyanyi itu untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.
Difahamkan, ia merupakan kejadian pertama menimpa penyanyi yang popular dengan lagu Take Over (menampilkan Florida) itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan