Isnin, 10 Disember 2012

MB : Sokong PR Untuk Pacu Pembangunan





BANDAR SUNWAY-: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa rakyat Selangor untuk terus menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat(PR) agar dapat memacu pembangunan negeri dalam suasana aman dan gembira.

Menurutnya, sebagai keluarga besar, rakyat di negeri ini tidak boleh dipinggirkan dalam setiap pembangunan kerana setiap kejayaan yang diperoleh negeri merupakan kejayaan bersama.

“Saya harap anda dapat memberikan sokongon agar kita dapat gerakkan negeri menjadi sebuah negeri untuk semua.



“Sambutan perayaan ini menjadi sebahagian (acara) rakyat Selangor kerana berbilang kaum.

“(Sambutan perayaan) bukan hanya menyatu rakyat Selangor, tapi kita adalah keluarga besar.
“(Justeru) kita tidak mahu tinggalkan mereka dalam pembangunan kerana kejayaan kita adalah kejayaan bersama,” katanya pada Sambutan Perayaan Hari Krismas Peringkat Negeri Selangor di Sunway Piramid Resort di sini semalam.

Menurutnya lagi, pihak Kerajaan Negeri sudah semestinya akan melaksanakan setiap bentuk pembangunan dengan penuh bertanggungjawab termasuk melaksanakan projek yang ditinggalkan oleh pentadbiran Umno-BN dahulu.



“Kita ada belanjawan berimbang (tahun 2013), tetapi kita juga ada rizab simpanan besar kerajaan iaitu melebihi RM2.5 bilion.

“Salah satu kegunaan rizab ini adalah untuk rakyat selangor.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan tidak lebih RM500 juta untuk pembangunan rakyat Selangor dalam pembinaan jambatan baru Klang.

“Saya rasa rakyat Klang akan dapat jambatan yang dijanjikan BN pada 4 Mac 2008. Kita patut lakukan kepada rakyat.

“Kita akan buat jambatan yang sama, model yang sama dengan perbelanjaan tidak melebihi RM200 juta,” katanya.



Turut hadir dalam majlis sambutan ini Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Elizabeth Wong, Ean Yong Hian Wah, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Adun Subang Jaya, Hanna Yeoh dan Adun Rawang, Gan Pei Nei.

Dalam majlis sama, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar mewakili Menteri Besar menyampaikan sumbangan Peruntukan Rumah Ibadat Selain Islam berjumlah RM30,000 kepada Church of Shekinah Glory.

Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada empat buah sekolah iaitu PIBG SJKT Puchong dengan jumlah RM30,000, PIBG SJKT Ladang Tumbok, Sepang, RM15,000, PIBG SJKT Teluk Merbau Sepang, RM15,000, dan RM10,000 kepada PIBG SJKT Tun Sambathan, Petaling Jaya.

Tidak ketinggalan, sembilan rumah kebajikan dimana masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM2,500.





2 ulasan:

Pelatuk berkata...


Bagus kalau dia benar-benar membantu Melayu dan Islam. Masalah PKR adalah terlalu memberi kuasa kat DAP yg benar-benar mengambil kesempatan utk menghancurkan Melayu dan Islam sehingga murtad di selangor tak dpt dihalang begitu juga hal aktiviti perjudian yg cukup luas. Khalid memerintah bagaikan `dicekek' DAP.

insafdoh67 berkata...

Bro.. Melayu Murtad kat Malaysia 150 ribu.. Bukan kat Selangor Sje.. Semua Negeri ada... Jgn Bodo dan Tolol... Buta ke.... 55thn Umno jaga Melayu.. Bukan Pakatan.... Sape Kuasa... Puas doh baham Bodo... INSAFLAH... Jgn di TIPU... lg.. Wei...