Selasa, 4 Disember 2012

Laporan Status Bekalan Air di Selangor Rabu Ini




SHAH ALAM : Kerajaan Negeri akan mendedahkan laporan status bekalan air di seluruh Selangor sejurus Rabu ini selepas Mesyuarat Exco, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, status itu berdasarkan pemerhatian Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi.

“Kita memberi kepercayaan kepada Jawatankuasa ini untuk membuat penelitian selain menerima laporan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang menjadi salah satu agensi.

“Boleh jadi pada hari Rabu ini selepas Mesyuarat Exco, saya akan memberikan status terakhir tentang penyaluran air di seluruh Selangor,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi 2012 di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai gangguan bekalan air yang melanda sebilangan besar penduduk di kawasan SS15, Subang Jaya, Abdul Khalid berkata, beliau akan merujuk perkara itu kepada Mohd Khusrin untuk tindakan lanjut.

Semalam, stesyen televisyen TV3 melaporkan sebilangan besar penduduk di SS15, Subang Jaya berdepan gangguan bekalan air yang berlarutan sejak dua minggu lalu.

Tiada ulasan: