Jumaat, 7 Disember 2012

Laporan Polis Konvoi Oren; Umno Kelam Kabut, Pengecut

Editor Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/polis%20tiada%20halangan.jpg(Kemakini jam 9.30pm - Polis Tiada Halangan Benarkan Konvoi Oren)

DUNGUN - Tujuh Laporan polis yang dibuat oleh Penolong Pengurus Felda Jerangau Barat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Majlis Belia dan ahli-ahli belia Felda terbabit, cuba menghalang kemaraan Konvoi Kembara Oren selamatkan Felda (Konvoi Oren).

Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Cawangan Terengganu, Naraza Muda yakin, laporan tersebut didalangi oleh kepimpinan Umno setempat.

Beliau berkata, ia membuktikan Umno 'kelam kabut' dan cuba menutup pintu tanah rancangan Felda, agar maklumat dan kebenaran tidak sampai kepada para peneroka.

"Semua kepimpinan JKKR, Majlis Belia Felda dan ahli-ahlinya adalah pemimpin Umno, mereka membuat laporan polis kerana 'kelam kabut' dan cuba menghalang Konvoi Oren,

"dari manyampaikan maklumat dan memberitahu kebenaran kepada para peneroka Felda tentang penyelewengan yang berlaku dalam Felda,"ujarnya ketika dihubungi.

Sementara itu,Pengerusi Lujnah Pertanian dan Industri Asas Tani PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid menyifatkan tindakan tersebut adalah pengecut dan cuba mengancam proses demokrasi.

Katanya sebagai sebuah organisasi yang berdaftar mana-mana pihak

"saya anggap tindakan (lapor polis) sebagai pengecut, sebagai sebuah negara yang demokratik dan parti yang dibenarkan oleh perlembagaan oleh (pendaftar) pertubuhan sepatutnya dibei kebebasan kepada rakyat untuk mendengar,

"dari dua belah pihak, dari kerajaan dan Pakatan Rakyat, supaya rakyat boleh menilai dengan adil,"ujarnya. [Lihat Video]
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/IMG-20121206-WA014.jpgKatanya, Konvoi Oren masuk ke Felda-felda untuk bertemu dengan rakyat dan memberikan pandangan kedua dan laporan polis dibuat adalah satu tapi bila ada laporan polis dibuat, ia dalah satu sangkaan jahat.

Haji Muhyiddin yang juga Timbalan Pesuruhajaya 2 PAS Terengganu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Makan Durian diKuala Ping, Hulu Terengganu, petang Khamis (hari ini) 6 Disember.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lporan polis yang dibuat oleh Penolong Pengurus Felda Jerangai Barat, Razali Harun.

Laporan yang dibuat pada jam 9.24 pagi di balai  polis Jerangau itu membantah program Konvoi Oren yang didakwa razali bagi mengelakkan sebarang kekecohan danmengelakkan pergaduhan sesama masyarakat Felda.

Haji Muhyiddin akan turut bersama Konvoi Oren yang bermula jam 7 pagi Jumaat (esok) 7 Disemberberkata sepatutnya tidak ada halangan dan ketegangan terhadap program itu.

Beliau turut menyifatkan, laporan polis yang dibuat adalah merupaka satu 'provokasi' oleh Umno dan Barisan nasional.

Beliau memberi jaminan, program tersebut akan berlangsung dengan aman dan memberi amaran supaya Umno dan BN tidak melakukan sebarang perkara yang tidak diingini.

"InsyaAllah, kita (PAS) akan usahakan suaya tidak berlaku sebarang provokasi dari pihak kita dan kita harap tidak ada provokasi juga dari pihak Umno dan Barisan Nasional,"tegasnya.

Sehubungan itu, Setiausaha dewan Pemuda PAS, Zaidan Abdullah memaklumkan bahawa, pihak penganjur telah mendapat surat 'tidak ada halangan' dari pihak polis Terengganu untuk meneruskan program tersebut.

Konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda akan bermula di Ketengah jaya dan berakhir di Felda Tenang Besut pada Jumaat malam dengan majlis ceramah besar-besaran.

Tiada ulasan: