SABAH KINI |
CENDERAHATI….MASIUNG menerima cenderahati daripada pihak penganjur.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
PEJABAT
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut akan memantau perkembangan
peningkatan ekonomi yang disertai peserta Program 1 Azam yang
dilaksanakan bagi memastikan setiap peserta miskin tegar itu dapat
mengubah sosio ekonomi mereka mengikut perancangan kerajaan.
Wakil Rakyat Kuamut,
Masiung Banah berkata, pejabat DUN Kuamut juga akan melakukan
pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap bantuan
peralatan Program 1 Azam yang disalurkan kerajaan digunakan sepenuhnya
oleh penerima dalam mengembangkan bidang yang diceburi.
“Pemantauan
yang dilakukan bukanlah untuk hendak menyusahkan peserta, tetapi apa
yang kita mahu adalah supaya setiap rakyat yang terlibat dalam apa jua
program kerajaan ini dapat mengubah corak kehidupan yang sebelum ini
dikatakan susah kepada lebih selesa pada masa akan datang”, jelasnya.
“Kerajaan juga mahu setiap daripada mereka
yang terlibat dengan program 1 Azam ini akan menggunakan dengan
sebaiknya peralatan yang disalurkan kerajaan bagi memastikan kehidupan
mereka benar-benar berubah seperti yang dirancang”, katanya di sini.
Katanya,
ia selaras harsrat kerajaan melalui transformasi yang dilaksanakan pada
masa kini yang mahukan rakyat khususnya masyarakat luar bandar maju
seiring pembangunan negara.
"Apa
yang kita mahu sebenarnya adalah merealisasikan hasrat keikhlasan
kerajaan yang mahu melihat setiap rakyat maju seiring dengan pembangunan
negara dan bukannya terus dibelenggu dengan kemiskinan yang seolah-olah
menjadi waris keluarga”, tambahnya.
Beliau
berucap pada Majlis Penyampaian Barangan Serahan Program 1 Azam Daerah
Tongod di Dewan Kampung Tongodon, di Tongod. Turut hadir pada majlis,
Urusetia Program 1 Azam, Mohd. Fakhri Abidin.
Masiung
berkata, kerajaan melalui kementerian yang dilantik akan sentiasa
membantu memberi pendedahan kepada masyarakat yang berminat menceburi
sesuatu bidang khususnya dalam mengubah landskap sosio ekonomi keluarga.
Jelasnya,
ia termasuk memberi pendedahan awal kepada masyarakat tentang kemahiran
yang diceburi selain membangunkan minda dan sikap masyarakat agar mampu
hidup lebih selesa.
Pada
majlis menyaksikan seramai lebih 90-peserta 1 Azam terdiri golongan
miskin tegar dan yang berdaftar dengan pangkalan data e-Kasih menerima
peralatan membuat kuih tradisional dan makanan komersial serta peralatan
refleksologi.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan