Khamis, 13 Disember 2012

Isu2 rakyat dalam buku terbaru Zunar “Lawak & Lawan”

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Kartun untuk rakyat, begitulah pendekatan yang diambil kartunis Zunar melalui buku kartun terbaru beliau berjudul “Lawak & Lawan.”

Menjelas lebih lanjut, kartunis kontroversi itu berkata ia tetap mengekal mesej yang sama iaitu mengenai rasuah dan salahguna kuasa oleh kerajaan BN, cuma kali dia mahu membangkitkan kesedaran rakyat melaui karya kartun.

“Apa yang saya nak sampaikan ialah rasuah bukan isu politik, tetapi adalah isu jenayah yang keji, sebab ia melibatkan wang rakyat. Kerana itu dalam buku ini, banyak kartun-kartun yang menggambarkan bagaimana rakyat menanggung derita akibat rasuah oleh pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroni mereka,” kata Zunar.

“Judul “Lawak & Lawan” juga mencerminkan keazaman saya sebagai kartunis untuk sama-sama berjuang dengan rakyat bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional,” tambah beliau lagi.

Majlis pelancaran akan diadakan pada 15 & 16 Dis (Sabtu & Ahad) di compound Amcorp Mall (menghadap tasik, Ground Floor belakang Mc Donald) dari jam 11 pagi hingga 9 malam, kedua-dua hari.

“Saya berharap peminat, penyokong dan orang ramai dapat memberi sokongan untuk hadir dan membeli buku ini,” kata Zunar lagi.

“Lawak & Lawan” diterbitkan dalam dua bahasa, iaiatu Bahasa Melayu dan Inggeris. setebal 108 muka surat, penuh warna dan dijual dengan harga RM25 senaskah. Pembelian online boleh dibuat di sini.

Tiada ulasan: