Ahad, 16 Disember 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak hari ini

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Perak diadakan pada hari ini  bermula jam 3 petang sehinggalah 12 malam, bertempat di Bandar Seri Iskandar, Perak.
HKR Perak adalah siri himpunan rakyat terakhir sebelum Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Nasional yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013.

Antara matlamat himpunan adalah sebagai persediaan untuk himpunan yang lebih besar dan utama di Kuala Lumpur, membawa masyarakat memahami isu-isu utama negara menjelang PRU13 dan menggerakkan jentera parti dan NGO ke arah menyuntik semangat perubahan dalam masyarakat.

Aturcara

Program akan bermula seawal 9 pagi dengan pertandingan futsal 7 sebelah.

Konvoi berkereta dan motosikal yang bermula jam 10 pagi daripada segenap pelusuk negeri Perak dijangkakan akan tiba di Bandar Seri Iskandar jam 5 petang dan bakal turut serta di dalam Pameran Superbike, Vespa Klassik, Scrambler, Skuter dan juga Kereta.

Acara untuk Pemuda, Wanita dan Pertandingan Melukis untuk Kanak-Kanak turut diadakan serentak.

Konsert 'Bangkit Bro Bangkit' yang menampilkan Ito Blues Gang, Zuar XPDC, Nik Jidan, 2BS dan Airmas bakal menghangatkan suasana petang himpunan.

Dewan Ulama dan NGO-NGO Islam akan memimpin Solat Maghrib, Isyak dan juga Solat Hajat.

Bermula jam 8.30 malam pula, Pentas NGO akan memaparkan ceramah dan ucapan-ucapan daripada kumpulan Bersih, Anak, Kerabat, Royalti, SAMM, ABU, Bukit Merah Community, Save Teluk Rubiah dan lain-lain lagi.

Jam 9.30 malam, persembahan artis daripada Ito Blues Gang, Nik Jidan, Sivaguru dan lain-lain.

Pidato Pimpinan Rakyat dan penyampaian hadiah pertandingan akan bermula sekitar jam 10 malam sehinggalah berakhirnya pada jam 12 tengah malam.

Datanglah beramai-ramai bagi menyemarakkan program yang telahpun diatur bersama ini. - http://ajijoi.blogspot.com

Tiada ulasan: