DUNGUN:
Sebanyak 92 penduduk membabitkan 16 keluarga dari tiga buah kampung di
daerah ini dipindahkan ke tiga pusat penempatan sementara, selepas
banjir melanda kawasan rumah mereka sejak malam Sabtu. Tujuh daripada
keluarga terbabit meliputi 39 orang yang tinggal di kawasan Projek
Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Bukit Gendut, Pulau Serai
dipindahkan ke Sekolah Rendah Pulau Serai pukul 9 malam tadi.
Enam
keluarga dengan 33 mangsa dari Kampung Tanjung Pagar Lima dan tiga
keluarga membabitkan 20 orang dari Kampung Seberang Pintasan dipindah
ke balai raya kampung masing-masing.
Menurut
Anggota Parlimen Dungun Datuk Matulidi Jusoh yang ditemui selepas
melawat mangsa di pusat pemindahan pada Ahad, banjir berlaku selepas
hujan lebat di daerah itu sejak 6 pagi Sabtu.
Selain itu, limpahan air Sungai Pimpin juga menyebabkan kawasan PPRT Bukit Gendut dilanda banjir, katanya.
Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah menyalurkan bantuan seperti makanan dan minuman kepada mangsa terbabit.
Beliau
turut menasihatkan penduduk supaya segera berpindah apabila diminta
pihak berkuasa selain memastikan anak-anak mereka tidak bermain air
banjir.
Sementara
itu seorang mangsa, Raihan Deraman,48, berkata air mula memasuki
rumahnya pada pukul 7 petang dan ini adalah kali kedua keluarganya
terpaksa berpindah sejak di rumah PPRT kampung tersebut tiga tahun
lepas.
Katanya,
beliau sekeluarga sudah bersedia sejak beberapa minggu lalu bagi
menghadapi kemungkinan banjir dengan meletakkan perabot di tempat
tinggi selain menyimpan semua dokumen penting di tempat selamat.
Jirannya,
Nashimah Salleh,47, pula berharap banjir kali ini tidak seburuk 2010
yang mencapai paras pinggang dan mengambil masa lama untuk surut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan