Jumaat, 30 Mac 2012

Lima negeri ‘dalam bahaya’ untuk BN ketika PRU, kata Khir Toyo


KUALA LUMPUR — Bekas Jawatankuasa tertinggi Umno Dr Mohd Khir Toyo telah menyenaraikan lima negeri yang mungkin sukar untuk Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedudukannya dalam pilihan raya akan datang, kerana formula lama yang digunakan untuk meraih undi tidak lagi berkesan.

Antara negeri yang dinamakan Khir adalah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan juga Kuala Lumpur, yang mana jumlah pengundinya tidak mempunyai perbezaan ketara antara Melayu dan bukan Melayu.

“Ini adalah negeri yang sukar, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah, jika kita lihat pengundi di sini, bilangan pengundi bukan Melayu adalah lebih kurang sama dengan pengundi Melayu, jumlah mereka tidak banyak berbeza.

“Negeri-negeri ini dalam bahaya,” kata Khir (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam temuramah eksklusif minggu lalu.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata sementara Melayu masih lagi menyokong Umno, kebanyakan sokongan tersebut adalah daripada kumpulan pengundi di kawasan luar bandar, sementara pengundi “bandar” akan mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).

“Bukan kerana pembangkang bagus. tidak, mereka banyak kelemahan. Adakah mereka menunaikan janji mereka? Tidak.

“Namun pengundi bandar adalah sangat berbahaya di negeri-negeri ini. Masalahnya adalah menjadikan Umno terlalu dominan ... mungkin akan hilang negeri ini,” katanya.

Sementara Umno melakukan segala tugas BN akan menjadikan pengundi bukan Melayu seperti tidak berkuasa akan menyebabkan kurangnya sokongan kepada kerajaan.

“Saya belajar dari kesilapan saya. Menjadikan Umno terlalu dominan dalam BN adalah tidak baik. Kepimpinan negara perlu mempunyai strategi lain.

“Lihat PAS, mereka lebih berbahaya daripada Umno tapi bukan Melayu tetap menyokong mereka, kenapa? Kerana mereka tidak dominan dalam Pakatan,” tegas Khir.

Pemimpin Umno itu turut mengeluh kerana adalah sukar untuk mengukur sokongan terhadap BN daripada bangsa, dan menyalahkan parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan kerana tidak cukup agresif.

Isu lain menurutnya adalah masalah pertuturan antara pengundi bukan Melayu dan Umno.

“MCA, MIC sepatutnya turun padang dan bercakap dengan pengundi. Umno sudah lakukannya untuk Melayu.

“Bila Umno cuba untuk berkomunikasi dengan bukan Melayu, kadangkala berlakunya halangan dari segi bahasa, contohnya, di bandar, mereka bertutur menggunakan bahasa Inggeris, tapi sesetengah pemimpin Umno tidak dapat memahaminya,” tambahnya lagi.

Jalan penyelesaiannya menurut Khir adalah BN perlu “memperkukuh” MCA, MIC, dan Gerakan dengan membenarkan mereka mengumumkan projek-projek untuk komuniti mereka selain pengumuman di buat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin Umno itu menjelaskan komuniti bukan Melayu telah hilang “hormat” kepada pemimpin parti komponen BN kerana mereka dilihat tidak mampu untuk membantu komuniti mereka sendiri.

“Itu sebabnya sekarang kita perlu berikan lebih kuasa kepada MCA dan MIC. Pastikan presiden parti mereka mengumumkan peruntukan untuk sekolah, untuk komuniti mereka. Sekiranya kita hanya mengharapkan perdana menteri dan timbalannya, Umno akan dilihat terlalu dominan, dan masyarakat Cina akan hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.

“Itu masalahnya sekarang, saya sering ingatkan sekarang kita perlu tingkatkan peluang kepada parti lain untuk membuat keputusan mereka dan berikan mereka peruntukan,” tegasnya.

Khir turut memuji pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ketika era pemerintahan beliau sebagai perdana menteri, dan oleh sebab itu pemimpin seperti Datuk Seri S. Samy Vellu dan Tun Dr Ling Liong Sik dihormati.

“Kekuatan Umno sahaja tidak akan mampu untuk memperoleh undi bukan Melayu seperti mana dilakukan untuk Melayu. BN Selangor harus bertindak seperti BN, bukan Umno. Kita sekarang berada di peringkat akhir sebelum pilihan raya.

“Sebab itu Samy Vellu seperti raja untuk bangsanya, kerana beliau mengumumkan peruntukan, bukan Dr Mahathir. Suatu ketika dahulu, pemimpin parti komponen begitu dihormati dan sangat kuat kerana mereka turun padang dan memberikan pelbagai benda ... menteri sekarang tiada faktor ‘umph’. Cuba lihat (Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) dan (Datuk Seri) Kong Cho Ha.”

Menurut Khir, masih belum terlambat untuk melaksanakan perkara itu, namun perubahan harus dibuat dengan segera bagi membolehkan bukan Melayu menyokong BN.

Dollah Kok Lanas: Shahrizat jangan 'berkokok'

Bekas timbalan menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad berpandangan bahawa menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga perlu meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno.

Bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdullah berkata tindakan itu merupakan langkah yang ideal.

nst utusan merger forum 180107 abdullah ahmad kok lanasSenator itu boleh kembali semula ke pentas politik "hanya apabila kes itu berakhir" dan Shahrizat terbukti tidak terlibat dalam projek National Feedlot Centre (NFC), katanya.

Abdullah, yang simpati dengan nasib yang melanda Shahrizat itu, bimbang sekiranya projek skandal berkenaan akan menjejaskan prestasi BN dalam pilihan raya umum akan datang

"Kalau saya jadi Shahrizat, saya berhenti kedua-duanya (Ketua Wanita Umno dan juga sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga).

"Perkara ini sudah jadi ejekan. Orang mengejek (dan) ia akan menjengkelkan anda. Sedikit sebanyak, anda perlukan semua kerusi," katanya.

Shahrizat sebelum ini mengumumkan untuk berundur daripada kabinet selepas jawatan senatornya tamat pada 8 April.

Abdullah juga berkata, buat masa ini Shahrizat tidak perlu tampil untuk memberi kenyataan. Sebaliknya bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu perlu menyusun gerakan untuk kembali ke arena politik.

"Tak payah bersorak, susun saja. Bila kes habis, balik. Bukan? Dia jangan berkokok. Kalau dia berkokok, orang kata ha... Macam-macam orang cakap," kata Abdullah.

Abdullah menyifatkan isu tersebut sebagai sesuatu yang malang buat Shahrizat – seorang pemimpin yang disifatkannya sebagai seorang yang baik dan berkebolehan.

Malah, beliau juga merupakan salah seorang yang menyokong Shahrizat untuk dilantik ke jawatan tersebut, kata Abdullah, yang dianggap berpengaruh di kalangan elit politik BN.

NONEAbdullah, yang dilihat sebagai individu yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Tun Razak Hussein itu juga yakin bahawa jentera Wanita Umno tidak akan memboikot kempen pilihan raya akan datang sekiranya Shahrizat terpaksa berbuat demikian.

Katanya, isu NFC sudahpun menjadi percakapan ramai, apatah lagi apabila pemimpin PKR mungkin masih mempunyai dakwaan baru untuk didedahkan berhubung isu tersebut.

"Puak-puak PKR ini dia tidak cakap semua. Dalam politik, anda tahu rahsia orang buruk itu jangan (dedahkan) semua. Ada 20 peluru jangan tembak semua dulu. Tembak satu, dua.

"Orang Melayu cepat lupa. Dia lupa daratan, kacang kulit. Bila (dapat duit) RM20 (akan lupa)," katanya lagi yang dikenali dengan nama jolokan Dollah Kok Lanas, sempena nama kawasan parlimen yang pernah diwakilinya di Kelantan.

Ditanya lanjut, Abdullah berkata beliau juga tidak melihat bahawa Najib enggan menerima kenyataan berhubung kesan isu tersebut apabila presiden Umno itu tetap menyatakan sokongan ke atas Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno.

"Mungkin PM yakin bahawa (BN) akan menang walaupun dengan isu fidlot ini. Tapi, ia akan menentukan sama ada dia akan menang dengan majoriti 20 kerusi, 30 atau 40," katanya.

Najib sebelum ini memberi alasan, tiada sebab untuk Shahrizat melepaskan jawatan Ketua Wanita kerana bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu dipilih ke jawatan tersebut oleh para perwakilan pergerakan tersebut.

Ribuan ahli akar umbi Wanita Umno berhimpun bersama perdana menteri di Kuala Lumpur, Jumaat lalu, untuk menyatakan sokongan terbuka ke atas Shahrizat.

Dalam sidang media di perhimpunan itu, Najib berkata Shahrizat tidak harus dikorbankan atas kesalahan yang tidak dilakukannya, sebelum terbukti di mahkamah.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Wanita termasuk naib ketuanya Datuk Kamilia Ibrahim sebelum ini telahpun menyuarakan gesaan supaya Shahrizat berundur daripada mengetuai pergerakan itu.

Demo anti-PTPTN 14 April, Dataran Merdeka

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.

Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini.

Anak OKU pekerja kilang nadir bumi meninggal

MALAYSIA KINI

Anak kepada bekas buruh di kilang nadir bumi Asian Rare Earth (ARE) Lai Kwan, Cheah Kok Leong yang dilahirkan kurang upaya meninggal dunia di Hospital Ipoh malam tadi ketika umur 30 tahun.

NONEKakak sulungnya Li Fen ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kematian mendiang disebabkan jangkitan bakteria yang serius.

Katanya, Kok Leong menderita akibat demam dan batuk dua hari lalu dan perubatan antipiretik yang diambilnya tidak berkesan.

Pagi semalam, keadaannya mulai buruk apabila mendiag mula merungut tentang kesakitan dalam telinga dan menggigil teruk sebelum dikejarkan ke hospital

Banjir paling teruk di Klang, Pusat disalahkan


MALAYSIA KINI

Pakatan Rakyat hari ini berkata pihak berkuasa persekutuan perlu menyelesaikan masalah banjir ekoran keadaan teruk di Klang selepas hujan lebat bermula sekitar tengah malam tadi.

NONE"Klang teruk dilanda banjir pagi ini. Jabatan Pengairan dan Saliran di peringkat persekutuan mesti melakukan sesuatu kerana semua peruntukan bersama mereka.

"Jangan pula salahkan kerajaan negeri Pakatan dan kerajaan tempatan," tulis speaker Selangor Teng Chang Khim pagi ini di Twitter.

Harian berbahasa Cina pagi ini melaporkan hujan lebat bermula tengah malam tadi menyebabkan banjir yang dianggap paling serius dalam sejaran Klang.

Menurut laporan itu, sebahagian kawasan rendah ditenggelami air setinggi 4 meter, menenggelamkan kereta dan menyebabkan kesesakan lalu lintas besar-besaran

Mahathir Yang Terus Terlupa Dan Nyanyuk

MSO


Sekonyang-konyang Mahathir Mohamad mulai sedar kesilapan demi kesilapan yang beliau lakukan sebelum ini.

Kesedaran itu beriringi dengan perjalanan usianya yang sedang menuju ke takah bongkok tujuh. Walaupun beliau tidak akan mengaku pernah melakukan kesilapan tetapi hakikatnya beliau tidak dapat lari dari itu.

Hari ini beliau meminta Umno membuka peluang untuk para profesional memimpin parti berkenaan. Katanya cawangan hendaklah memberi laluan kepada cendekiwan untuk menyertai parti itu dan seterusnya menjadi pemimpin.

Kenapa baru hari ini Mahathir merasai pentingnya golongan profesional perlu diterima untuk menjadi pemimpin parti itu. Apakah kerana hari ini parti itu sudah miskin pemimpin. Atau cendekiwan dan golongan profesional telah makin menjauhi Umno?

Dua perkara yang menyebabkan ini berlaku dan Mahathir kena akui tanpa prajudis. Nasib yang menimpa Umno hari ini ialah kerana diri beliau. Kerana perbuatan brutal beliau sendiri.

Bukankah yang menghalang para profesional menguasai Umno beliau sendiri. Yang mengajar Umno mencantas pemimpin bistari beliau sendiri. Yang mengkhianati bakal-bakal pemimpin beliau sendiri.

Siapa yang membunuh masa depan Musa Hitam dalam Umno? Siapa yang membunuh masa depan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Umno. Dan siapakah yang mengkhianati Awnar dan membuangnya dari Umno? Bukankah Mahathir?

Tidakkah mereka ini adalah tokoh profesional dan cendekiwan? Bukan itu saja sebahagian dari pemimpin Umno telah dimusnahkan oleh Mahathir kerana mereka tidak sedia menjadi Pandir kepadanya?

Betapa Umno kehilangan barisan kepimpinan yang terlatih gara-gara Mahathir bertindak kejam membunuh ketiga-tiga mereka itu. Membunuh Musa Hitam menjadi pegawai kerajaan yang kagum dengan Musa menjadi konfius. Membunuh Tengku Razaleigh menyebabkan rangkaian ekonomi dibina TEngku Razaleigh terputus.

Membuang Anwar menyebabkan barisan kepimpinan muda yang profesional, komited dan berwawasan dan Islamik mufarakah dari Umno?

Jadi kalau Umno kasih dengan pemimpin cerdik, berprinsip, bermaruah...salahnya salah siapa? Jawabnya Mahathir lah. Mahathri pula tidak sesekali membuang pemimpin yang huduh, jelek, moral buruk kerana mereka itu akan menjadi pandir dan upih politiknya. Mahathir sengaja mengekalkan mereka yang korup, ada skandal untuk dijadikan umpan dan aset bagi menjadi pengawal dan penjujung termasuk penjilat buntutnya.

Makanya Mahathri jangan kesal kalau Umno hari ini tiada pemimpin bertaraf tokoh seperti ketiga orang itu. Mahathir jangan kesal kalau golongan profesional tidak berminat dengan Umno. Seruan Mahathir itu sudah terlewat. Beliau cuba memanggil orang-orang cerdik dan berkualiti menyertai Umno setelah bakanya dibunuh sendiri olehnya.

Seruan itu juga sudah terlewat. Disaat Umno sudah penghujung baru Mahathir bingas dan tersedar untuk membawa pemimpin parti itu.

Hari ini untuk pengetahuan Mahathir orang layak untuk jadi pemimpin Umno adalah orang-orang seperti Inchek Ibrahim Ali, Ezam Mohamad Nor, Hassan Akidah, Zul 9/10 dan sekalian orang sejenis dan sewaktu dengannya termasuk dua tiga ekor Keling dan seekor Cina. Hanya mereka ini sesuai dan layak berada dalam Umno.

Saya yakin kesedaran Mahathir dan ingin kepada golongan profesional itu tidak akan memecah liru mereka. Malahan mereka menganggap seruan Mahathir itu sebagai orang yang bercakap dalam mengigau setelah tidur saat hujan gerimis

Hapus PTPTN Tawaran Pakatan Rakyat Realistik




SHAH ALAM : Tawaran yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat (Pakatan) berhubung penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN) adalah realistik kerana keupayaan dan prestasi cemerlang pentadbiran dan urusan kewangan negeri yang dikuasai Pakatan.

” Kita akan pastikan tiada pembaziran dalam kewangan dan lebihan itu boleh disalurkan dalam bentuk penghapusan PTPTN itu, kita percaya jika ia dilaksanakan tidak akan mengabaikan keseluruhan rakyat,” kata Adun Batu Caves, Amiruddin Shari.

Menolak dakwa beberapa pihak bahawa penghapusan PTPTN akan menyebabkan negara menjadi muflis kerana apa yang dibuktikan di Selangor dengan pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) tidak membawa negeri itu menjadi muflis.

“Hutang PTPTN ini juga satu bebanan kepada golongan graduan yang baru memasuki dunia pekerjaan, sepatutnya mereka diberi ruang dan bukan diberi hutang.

“Dengan hutang yang banyak serta peluang kerja yang kurang dan akhirnya ia berterusan apabila berkahwin dan menjadi penghutang yang tegar,” ujarnya.

Beliau juga hairan mengapa Kerajaan BN boleh menghapuskan hutang korporat Tan Sri Tajuddin Ramli berjumlah RM589 juta yang manfaatnya hanya mungkin seorang. Tetapi tidak sanggup menghapuskan PTPTN yang manfaatnya lebih besar kepada rakyat.

Sebelum ini, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajuddin melalui penyelesaian luar mahkamah.

PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Lobi Israel Untuk Jadi Tuan Rumah Persidangan Gas Sedunia?




SHAH ALAM : PKR mendakwa pimpinan Umno-BN memohon bantuan dari Israel dengan melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 hingga 8 Jun depan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya mengesahkan usaha melobi ini bermula pada tahun 2005.

Malah, Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan IGU di Tianjin, China.

Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh PETRONAS dan dinasihati oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“PKR mempunyai bukti kukuh termasuklah laporan, surat menyurat dan dokumen-dokumen lain yang mengesahkan sikap ‘talam dua muka’ Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara Malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel,” kata Saifuddin dalam kenyataan media.

Tambah Saifuddin, penganjuran Persidangan Gas Sedunia dipilih melalui undi oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa (International Gas Union) yang turut dianggotai oleh Malaysia, Israel, Russia, Brunei, Indonesia dan banyak negara lain.

“Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel.

“Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi Umno dan pimpinan mereka dalam isu hubungan dengan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan dari Israel,” kata Saifuddin.

Justeru, PKR mendesak penjelasan kerajaan mengenai pendirian yang diambil sehingga merestui pendekatan pihak penganjur Persidangan Gas Sedunia yang merayu bantuan dan sokongan Israel.

Rodziah Nafi Berjanji Beri Bantuan Bina Kompleks Anak Yatim Bukit Beruntung




SHAH ALAM : Kerajaan negeri menafikan memberi bantuan sebanyak RM300,000 untuk pembinaan kompleks anak yatim, Rumah Amal Anak Kesayanganku di Bukit Beruntung dan pembinaan jalan masuk ke kompleks itu.

Rodziah Ismail dalam satu kenyataan media, menjelaskan pihaknya pernah menerima permohonan itu tetapi mendapati permohonan mencurigakan.

Tegasnya, kerajaan negeri juga tidak pernah membuat apa-apa perjanjian secara bertulis apatah lagi perbincangan dengan pihaknya.

Malah, tanah yang berkeluasan 11.3 ekar yang terletak di Kampung Tuah, Mukim Hulu Yam itu telah diluluskan untuk diberi kepada Universiti Selangor (UNISEL) dalam mesyuarat Exco pada November 2010.

Sebelum ini, Setiausaha Kerja Rumah Amal Anak Kesayanganku, Mohd Suhaimi Jalaludin mendakwa Kerajaan Negeri Selangor pernah berjanji akan menyumbangkan bantuan sejumlah RM300,000.

Beliau juga mendakwa tanah yang diwakafkan untuk pembinaan kompleks anak yatim itu akan siap tahun ini tetapi terbengkalai selepas sebahagian peruntukan itu didahulukan untuk kemudahan asas jalan raya ke kompleks berkenaan.

Katanya, kompleks yang kini siap 80 peratus itu mempunyai empat blok dengan satu daripadanya digunakan tanpa mempunyai kemudahan air untuk menempatkan 30 anak yatim berusia antara 11 hingga 12 tahun.

Rodziah juga meminta penjelasan jika benar Rumah Amal Anak Kesayanganku mempunyai anak yatim seramai 160-170 orang, di manakah mereka ditempatkan? Apakah perincian perbelanjaaan mereka? Semua perincian ini telah dipohon tetapi sehingga sekarang masih belum berbalas.

“Bagaimana untuk kerajaan negeri berurusan sedangkan alamat yang diberi (Kampung Tuah KM 18) tidak berdaftar dengan POS Malaysia serta alamat emel yang diberi juga telah tidak boleh digunakan.

Katanya, rumah amal itu sehingga kini tidak dapat membuktikan bahawa status tanah yang diduduki adalah tanah wakaf walaupun sudah berkali-kali diminta.

Jelasnya, Pejabat Tanah Hulu Selangor juga memaklumkan terdapat dua buah pondok asrama bagi menempatkan anak-anak yatim, sudah tidak digunakan lagi.

Tambahnya lagi, jalan masuk yang dibuat oleh Rumah Amal Anak Kesayanganku tidak pernah dipersetujui oleh kerajaan negeri.

Menurut Rodziah yang juga Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, berkemungkinan pembinaan rumah amal didalangi oleh Suhaimi yang mengatakan bahawa ada ‘sponsor’ yang akan memberi bantuan.

“Dengan itu beliau mengeluarkan tender sendiri dan memanggil kontraktor untuk membuatnya. Kita dapati dia menggunakan nama kerajaan negeri secara tidak sah yang kononnya di bawah satu Jabatan Kebajikan dan Sukan.

“Apabila pihak yang menjanjikan sumbangan sebanyak RM300 ribu itu tidak dapat menunaikannya, beliau berpusing kepada kerajaan negeri dan mengatakan kerajaan negeri sepatutnya membayar harga kontrak jalan ini disebabkan kerajaan negeri mempunyai projek pertanian di kawasan berhampiran,” katanya.

PKR Rembau Gesa Umno N9 Mohon Maaf Kepada Guan Eng




SHAH ALAM : Ahli Umno Negeri Sembilan didakwa terlibat di dalam serangan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, di dalam Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang bulan lalu.

Oleh itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau mengesa Umno Negeri Sembilan memohon maaf secara terbuka berhubung insiden berkenaan yang mencederakan seorang wartawan akhbar harian Cina, Kwong Wah Jit Poh.

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mencabar Umno Seremban memohon maaf secara terbuka ke atas insiden itu dan mengambil tindakan disiplin terhadap ahlinya yang terlibat.

Badrul yang turut dikenali dengan panggilan Chegu Bard turut mengemukakan beberapa bukti yang mengaitkan perbuatan ganas tersebut dengan Umno Negeri Sembilan.

Di dalam kenyataan medianya, Badrul Hisham, menyertakan gambar-gambar serangan tersebut yang berlaku pada hari perhimpun Hijau di Georgetown pada Feb 26.

Pada hari itu, Lim dan wartawan tersebut diserang sekumpulan remaja yang menggangu himpunan yang membantah pembinaan loji memproses nadi bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang.

“Dalam gambar tersebut jelas kelihatan penyerang mengenakan kemeja dan topi tertulis Pemuda Umno Seremban.

“Pada hari yang sama, berdasarkan maklumat yang ada sememangnya pemuda Umno dari Negeri Sembilan berada dan berkumpul dalam program yang turut melibatkan pemimpin Umno Pulau Pinang.

“Selepas program tersebutlah mereka ramai-ramai berkonvoi dan melakukan jenayah serangan gaduh gempar di tempat awam.

“Ini jenayah serius kerana serangan jenayah ini dilakukan kepada Ketua Menteri P.Pinang dalam majlis rasmi.

“Terdapat banyak rakaman boleh disaksikan dalam internet termasuk seperti You Tiub yang jelas penyerang dari Umno ini menjerit perkataan lucah dan menghina bersifat perkauman,” menurutnya lagi.