KUALA LUMPUR:Polis Bukit Aman membuka kertas siasatan berhubung penerbitan buku tulisan Kean Wong yang didakwa menghina Jata Negara.
Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah
Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan
pihaknya telah menerima laporan polis berhubung pengubahsuaian Jata
Negara berkenaan.
Ujarnya seperti dipetik dari laporan Harian Metro hari ini, pihaknya
akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku yang
bertajuk ‘Rebirth :Reformasi, Resitance, And Hope In New Malaysia.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan
Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar)(Pindaan)2016, Seksyen 4(1)Akta
Hasutan 1948, Seksyen 233, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 dan Seksyen 8 (1)Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya
seperti dipetik dari Harian Metro, hari ini.
Terdahulu, muka hadapan buku tulisan Kean Wong yang didakwa
mengubahsuai Jata Negara telah menimbulkan kegusaran dan kemarahan
rakyat.
Susulan itu, hari ini beberapa laporan polis telah dibuat oleh
parti-parti politik antaranya pemuda PAS, MIC, Umno, MCA termasuk
badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin dalam satu
kenyataan hari ini mengeluarkan arahan menggesa semua ahli pemuda PAS
supaya membuat laporan polis di seluruh negara berhubung perkara itu.- HARAKAHDAILY
KALAU ada yang terfikir Menteri Besar (MB) Kedah
turun padang mendekati rakyat seperti sengaja dibuat-buat untuk raih
sokongan, atau sekadar sandiwara yang bersifat sementara, fahamilah ini
bukan baru bagi beliau.
Sebagai Pegawai Persatuan Pengguna Pulau
Pinang, sebagai Pengarah PASRelief, beliau sudah lama aktif membantu
mereka yang bermasalah termasuk mangsa bencana dalam dan luar negara
yang jauh lebih dahsyat.
Kalau ada yang curiga soal pandangannya
terhadap Rohingya, sudah bertahun-tahun beliau terlibat secara langsung
membantu mereka secara dekat.
Daripada pengalaman itu, beliau
punya pemahaman mengenai etnik Rohingya yang ternyata lebih daripada
kita. Sebagai kelompok manusia, Rohingya juga ada yang baik, dan ada
yang buruk. Macam kitalah juga!
Sudah tentu, yang dibela adalah yang baik, yang teraniaya, yang jadi mangsa dan amat-amat memerlukan pembelaan.
Yang sering jadi punca salah faham, bukan semua etnik Muslim dari
Myanmar itu Rohingya. Ada juga warga Myanmar bukan-Islam yang pegang kad
UNHCR berada di negara ini. Dari segi rupa, hampir sama dan sukar
dibezakan oleh kita yang tidak mendekati mereka.
Etnik Kela (Muslim)! Misalnya, juga dari Myanmar. MB juga seperti
kita, sayangkan negara dan orang-orang kita sendiri. Jadi
berpada-padalah dalam mencurigai supaya kita terhindar daripada dosa
memfitnah, untuk kebaikan kita sendiri juga.
Dulu, beliau semata-mata aktivis. Sekarang sebagai ketua kerajaan,
dalam mengambil langkah tindakan, ada limitasi dalam pembahagian kuasa
antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Ada yang boleh dan tidak boleh dilakukan mengikut undang-undang.
Sudah tentu, dalam apa jua tindakan, beliau akan utamakan rakyat Kedah
yang 2.2 juta ini.
*MUHAMAD MAT YAKIM-Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah –HARAKAHDAILY
Tengku
Adnan didakwa didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta
daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd, Tan Sri Chai Kin Kong melalui
cek Hong Leong Islamic Bank milik Aset Kayamas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi
di sini hari ini diberitahu, tarikh dan rekod perbelanjaan dilupuskan
selepas sebulan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor
berlangsung.
Ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa
Raya, Julia Ibrahim bagi kes rasuah sebanyak RM2 juta membabitkan bekas
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,
saksi, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, dia hanya menyimpan semua resit
perbelanjaan selama tempoh itu sebagai rujukan, sekiranya timbul
sebarang isu berbangkit.
Saksi pembelaan ketiga itu berkata, rekod perbelanjaan yang diserahkan kepada mahkamah hari ini adalah berdasarkan ingatannya.
Julia: Siapa yang sediakan laporan perbelanjaan itu
Rizalman: Saya yang sediakan. Jumlah yang diterima adalah sebanyak
RM1.013 juta. Laporan belanja keseluruhan yang saya sediakan ini
berdasarkan ingatan saya atau lebih kurang.
Julia: Lepas PRK, ada buat laporan sebenar (rasmi)?
Pada 23 Januari tahun lalu, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah di
hadapan Hakim, Mohamed Zaini Mazlan atas pertuduhan sebagai seorang
penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan yang didakwa menerima
untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn
Bhd, Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik
Aset Kayamas.
Cek itu didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank
milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang Tengku Adnan mempunyai
kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan
kerja-kerja rasminya di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar
Damansara, di sini pada 14 Jun 2016.
Dia didakwa mengikut
Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga
dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Tengku Adnan juga menghadapi pertuduhan lain atas dakwaan menerima
suapan iaitu wang berjumlah RM1 juta daripada ahli perniagaan, Datuk Tan
Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries
Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank kepunyaan Tengku
Adnan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk
membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali
sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) bagi menaikkan ratio plot
berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur
diluluskan oleh DBKL.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB
Bank Berhad, cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Tingkat 2, Blok
Podium, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini pada 27
Disember 2013.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman
penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda
daripada jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi,
jika sabit kesalahan.
Tengku Adnan turut menghadapi pertuduhan
pilihan iaitu didakwa menerima wang berjumlah RM1 juta yang merupakan
barangan berharga daripada Eng Boon tanpa sebarang balasan melalui cek
ke dalam akaun tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau
kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Rizalman: Tidak, sebab jika menang biasanya tiada laporan.
Julia: Jika kalah?
Rizalman: Saya simpan, selama sebulan, selepas tempoh itu ia akan dilupuskan. Kita tak simpan.
Julia: Kenapa tidak simpan
Rizalman: Tidak simpan memandangkan tiada isu yang ditimbulkan.
Semasa menjawab soalan peguam, Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili
Tengku Adnan, Rizalman yang juga Ketua UMNO Bandar Tun Razak berkata,
wang yang diberi oleh Tengku Adnan selaku Pengerusi UMNO Wilayah
Persekutuan itu habis diguna sepenuhnya sepanjang PRK berlangsung.
Terdahulu, menerusi pernyataan rasmi yang disediakan, Rizalman mengakui
pihaknya merangka bajet sebanyak RM1.3 juta namun Tengku Adnan
mengurangkan kadar itu kepada RM1.013 juta.
“Saya menerima wang itu daripada Setiausaha Politik Tengku Adnan iaitu Datuk Mohd Rafi Alli Hassan di Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
“Berdasarkan pengetahuan saya, diketahui secara umum bahawa UMNO
Wilayah Persekutuan tidak memperoleh dana daripada Ibu Pejabat UMNO
tetapi daripada (dana) Datuk Seri,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan ditangguh esok.
PENGUNJUNG pusat beli-belah kini hanya perlu mengimbas suhu badan di pintu masuk pusat itu sahaja.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju saringan suhu badan
tidak perlu dilakukan di setiap kedai di dalam pusat beli-belah.
"Namun pengunjung tetap perlu memberi butiran peribadi di setiap premis
yang dimasuki di pusat beli-belah berkenaan bagi tujuan pengesanan
kontak.
"Ia boleh dilakukan secara manual atau menerusi aplikasi
MySejahtera selain cecair nyah kuman di setiap premis," katanya pada
sidang media di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata, perkongsian nama dan nombor telefon perlu dilakukan
kerana memudahkan proses pengesanan jika ada antara pelanggan adalah
pembawa Covid-19.
"Kita tidak tahu ke mana hala tuju mereka,
kalau ada kes Covid-19 dalam kalangan pelanggan, kita masih boleh
membuat pengesanan orang yang bersama dengan individu positif Covid-19
tadi.
"Mungkin dia pembawa, kalau didapati melalui pengesanan
mereka, akan mudah dihubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebab
itulah, kita masih lagi mewajibkan (memberi butiran peribadi) mereka
sama ada secara manual atau menerusi aplikasi MySejahtera.
"Suhu badan pula diambil sekali di pintu masuk pusat beli-belah," katanya.
Menurutnya, peraturan sama juga buat hotel yang terdapat premis menjual
cenderahati, restoran dan lain-lain, yang mana saringan suhu hanya di
pintu masuk hotel sahaja.
SEBANYAK 358 saman dikeluarkan polis dalam operasi di kawasan Rehat dan
Rawat
(R&R) Lanchang dan R&R Chenor di Lebuhraya Pantai Timur
(LPT) dekat Temerloh
pada 28 Jun. FOTO arkib NSTP
KEBENARAN
aktiviti berkonvoi kenderaan mungkin akan ditarik semula jika peserta
berterusan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Ia susulan penahanan sekumpulan penunggang motosikal yang berkonvoi dan berkumpul di Pahang, semalam.
Menteri
Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
bagaimanapun penahanan semalam adalah kes terpencil dan kejadian pertama
berlaku.
"Setiap peserta konvoi perlu memastikan kawalan kendiri dan mempraktikkan SOP yang ditetapkan.
"Namun,
jika perkara ini berterusan, kebenaran yang kita berikan ini akan
ditarik semula. Bukan mustahil untuk kerajaan menarik semula kebenaran
yang diberikan," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata, masyarakat boleh melihat premis perniagaan seperti restoran yang ditutup kerana melanggar SOP.
"Kalau terlalu banyak kesalahan dilakukan akan menyebabkan keseluruhan konvoi di seluruh negara tidak dibenarkan.
"Saya harap ini adalah kali pertama dan terakhir mereka lakukan," katanya.
Sementara
itu, mengulas berhubung pematuhan SOP di Pilihan Raya Kecil (PRK)
Chini, Ismail Sabri berkata, pasukan pemantau diketuai Polis Diraja
Malaysia (PDRM) akan berada di mana-mana saja bagi memastikan SOP
dipatuhi.
"Saya tidak tahu berapa banyak laporan mengenai
pelanggaran SOP di Chini namun saya ingin mengingatkan kepada semua di
Chini tidak kira calon, petugas, orang ramai, penyokong dan pengundi
bahawa kegagalan pematuhan SOP boleh diambil tindakan," katanya.
Chong Chieng Jen menjangkakan Edward Andrew Luwak akan membantu calon baru dan muda untuk PRN akan datang.
KUCHING: DAP hari ini berkata, Ketua Cawangan Serian, Edward Andrew
Luwak keluar parti kerana kepimpinan negeri tidak memilihnya sebagai
calon pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata beliau sudah memberi
bayangan kepada Luwak beberapa bulan lalu yang parti akan meletakkan
calon baru untuk salah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di
Serian.
“Beliau kelihatan tidak gembira mengenainya dan itu mungkin alasannya
keluar parti,” kata Chong pada sidang media di sini, hari ini.
Semalam, Luwak mengumumkan beliau meninggalkan DAP berkuat kuasa serta-merta.
“Keputusan keluar parti dinyatakan dalam surat yang diberikan kepada
parti. Saya tidak perlu menyatakan dengan terperinci, tetapi saya hanya
mahu kata saya telah hilang keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti,”
kata Luwak yang berusia 67 tahun.
Katanya, beliau tidak akan berundur daripada arena politik, tetapi belum memutuskan untuk menyertai parti lain.
Luwak mewakili DAP di kerusi Parlimen Serian pada pilihan raya umum 2013 dan kerusi Bukit Semuja pada PRN 2016.
Beliau bertanding semula di Serian pada PRU 2018, tetapi tewas kepada Richard Riot daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
“Disebabkan parti sudah menyalurkan sumber untuk membantu beliau
ketika bertanding dalam 3 pilihan raya lalu, beliau patut membalasnya
dengan membantu ahli baru dan muda yang ingin menawarkan khidmat
mereka,” kata Chong.
Beliau berkata, jawatankuasa DAP Sarawak melantik Ketua Pemuda
Serian, Brolin Nicholson mengambil alih pengurusan cawangan itu sehingga
perhimpunan agung tahunan parti yang dijangka diadakan bulan depan atau
Ogos ini.
Chong mengucapkan terima kasih kepada Luwak atas semua sumbangannya kepada parti dan kawasan Parlimen itu.
Menteri
Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berkata, kerajaan tidak akan berkompromi
terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan yang tidak patriotik
dan bertanggungjawab.
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin memaklumkan
bahawa polis telah diarahkan menyiasat dan mengambil tindakan tegas
dengan segera berhubung buku yang didakwa menghina jata negara.
Hamzah berkata, Seksyen 3(1)(a) Akta Lambang dan Nama (1963)
memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa meniru
lambang yang serupa lambang kerajaan persekutuan, iaitu jata negara.
“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang
melakukan perbuatan tidak patriotik dan bertanggungjawab ini,” katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
Manakala itu, timbalan pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan
Siasatan Jenayah Bukit Aman Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata,
pihaknya sudah menerima maklumat berhubung penerbitan buku itu dan
sedang menjalankan siasatan.
Memetik laporan Harian Metro beliau berkata, mana-mana pihak yang
dipercayai terbabit dalam penghasilan buku itu termasuk pengarang,
editor dan penerbit akan dipanggil bagi membantu siasatan pihak
berkuasa.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan
Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta
Hasutan 1948, Seksyen 233, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menggesa pihak
berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penulis, penyunting dan
penerbit sebuah buku yang didakwa merendah-rendahkan martabat jata
negara dan menghina lambang rasmi Malaysia.
Asyraf berkata, buku bertajuk “Rebirth: Reformasi, Resistance, And
Hope In New Malaysia” mempamerkan sebuah logo mirip jata negara, yang
didakwa sudah diubah suai dan dijadikan penghias muka hadapan buka
berkenaan.
Beliau berkata, lukisan mirip jata negara itu meletakkan seorang
kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang, serta mengubah suai
bentuk 2 ekor harimau, selain menambahkan bentuk seekor buaya di
bahagian bawahnya.
Temubual
eksklusif bersama calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain
sempena sempena Pilihan Raya Kecil N. 23 Chini di Pusat Latihan Chini,
Pahang. foto AFFAN FAUZI
CHINI – Bapa mana yang tidak bangga dengan pencapaian anak sendiri.
Md Zain Hashim, bapa kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim
berkata, dia pada mulanya tidak percaya anaknya dipilih sebagai calon
mewakili Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Chini.
Peneroka Felda generasi pertama itu berkata, besar harapannya
agar anaknya boleh mengikut jejak Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun
menjadi ADUN yang bagus kerana beliau sungguh sayang kepada Mohd
Sharim.
Ke mana sahaja Allahyarham pergi Mohd Sharim akan ada bersamanya.
“Saya percaya dia boleh jadi ADUN yang bagus kalau ada orang yang bijak pandai mengajar dia cara menjadi wakil rakyat.
“Pak cik sungguh bangga. Hanya tuhan yang tahu apa dalam hati saya ketika ini.,” katanya eksklusif kepada MalaysiaGazette.
Md Zain berkata, beliau perasan tentang minat untuk terjun ke bidang
politik apabila anak keduanya itu sering bersama Abu Bakar sehinggalah
menjadi orang kanan kepada Allahyarham.
“Saya nasihatkan dia supaya menjalankan tugas dengan baik jika
dipilih sebagai ADUN. Saya yakin dia boleh boleh bawa gelaran ADUN jika
dia menang sebab dia sudah lama bersama bekas ADUN Chini,” katanya lagi.
Temubual
eksklusif bersama bapa calon Barisan Nasional, Md Zain Hashim sempena
Pilihan Raya Kecil N. 23 Chini di Felda Chini 3, Pahang. foto AFFAN
FAUZI,
Individu lain yang paling berbangga dengan pencapaian Mohd Sharim pastinya isteri beliau, Norhiliyana Abd Hamid, 27 tahun.
Norhiliyana memberitahu beliau tahu tentang pencalonan suaminya itu menerusi siaran live Facebook.
“Dia maklumkan kepada saya selepas pengumuman calon.
“Saya tengok live Facebook sahaja, memang mengalir air mata sebab tak sangka dan terkejut sangat.
“Sepanjang dia menguruskan PDM, dia ada juga berkongsi cerita. Tapi dia pun tak sangka dicalonkan,” katanya.
Temubual
eksklusif bersama isteri calon Barisan Nasional, Norhiliyana Abd Hamid
sempena Pilihan Raya Kecil N. 23 Chini di Felda Chini 3, Pahang. foto
AFFAN FAUZI
Sementara ibu Mohd Sharim pula berkata, anaknya berkelakuan aneh pada malam sebelum nama calon diumumkan.
Sopaih Mat, 68, berkata: “Saya tengok pada malam Rabu, dia tidak
dapat tidur. Dia tak pernah peluk bapa dia tiba-tiba malam itu dia
peluk. Apa jadi dengan anak aku”.
Ternyata firasatnya betul apabila anaknya itu dipilih sebagai calon pengganti Abu Bakar.
Menceritakan perihal Mohd Sharim, Sopaih berkata, anaknya hanya meminati bidang sukan di sekolah dan tidak dalam bidang politik.
Bagaimanapun, beliau mengetahui niat anaknya untuk terjun dalam bidang politik selepas menunaikan ibadah umrah.
“Dia minat politik bila dia balik umrah dan dia bagitahu saya dia
berhajat nak jadi pemimpin pada masyarakat, itu yang buat saya terkejut.
”Dia rapat dengan Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar, dia pernah beri
amanat kalau tidak ada orang lain jadi pengganti dia, awaklah yang ganti
saya,” jelas Sopaih.
Temubual eksklusif bersama ibu calon Barisan Nasional, Sopiah Mat
sempena Pilihan Raya Kecil N. 23 Chini di Felda Chini 3, Pahang. foto
AFFAN FAUZI, 25 JUN 2020Mohd Sharim diumumkan sebagai calon BN pada 18
Jun lalu.
Beliau berdepan dua lagi pencabar dari bebas iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Julai depan sebagai tarikh pembuangan undi dan 30 Julai sebagai tarikh undi awal.
Terdapat 20,990 pengundi berdaftar, termasuk 18 pemilih awal dalam DUN Chini.
DUN Chini merupakan kubu BN sejak PRU ke-11 pada 2004 menerusi
penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia akibat
serangan jantung pada 7 Mei lalu. – MalaysiaGazette
PENAMPANG – Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
akan membuat keputusan dalam tempoh terdekat berhubung cadangan
pencalonannya sebagai Perdana Menteri seperti yang dinyatakan oleh Tun
Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
Mohd Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata, beliau akan
mengumumkan keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk
membuat perbincangan bersama pemimpin tertinggi Warisan.
“Saya sangat bersyukur kerana cadangan itu datang daripada Tun
Dr Mahathir Mohamad. Itu satu cadangan dan saya perlu menelitinya secara
mendalam termasuk mengadakan perbincangan bersama Timbalan Presiden
Warisan (Datuk Darell Leiking) dan Ketua Penerangan Warisan (Datuk Dr
Yusof Yacob).
“Ini satu cabaran besar untuk saya. Saya melihat ini secara serius.
Beri saya sedikit masa (untuk membuat keputusan) dan (ia) tidak
mengambil masa lama,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin di sini, hari ini.
Mohd Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan mencalonkan beliau sebagai perdana menteri.
Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi, berkata keputusan
memilih Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna itu dicapai sebulat
suara dalam satu pertemuan dengan sekutunya (Parti Amanah Negara,
Warisan dan DAP) di Rumah Tetamu Sabah dekat sini pada Khamis (25 Jun).
Menurutnya dalam pertemuan itu, mereka juga bersetuju untuk
mencadangkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon
Timbalan Perdana Menteri 1, dan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon
Timbalan Perdana Menteri II.
Bagaimanapun, menurut Parti Amanah Negara dan DAP cadangan untuk Mohd
Shafie sebagai calon perdana menteri masih perlu dibincangkan di
peringkat kepimpinan pusat Amanah dan DAP serta Pakatan Harapan (PH)
terlebih dahulu.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, cadangan yang datang daripada
Dr Mahathir itu adalah satu penghargaan buatnya sebagai individu dan
ahli politik yang turut mempunyai pengalaman cukup luas.
“Saya tidak memintanya (untuk menjadi perdana menteri). Saya telah
menyebutkan perlunya saya untuk menguruskan Sabah. Tapi ini (cadangan)
satu penghargaan sebagai seorang individu dan ahli politik di negara ini
kerana kita pun banyak pengalaman,” katanya.
Mohd Shafie sudah berkecimpung dalam dunia politik lebih 30 tahun
selain menjadi ahli Parlimen selama enam penggal dan bertugas di tujuh
kementerian di peringkat Persekutuan.
Ditanya mengenai soal kebolehpercayaannya terhadap Dr Mahathir, Mohd
Shafie berkata, ia bukan menjadi masalah besar meskipun terdapat
beberapa isu membabitkan politik Sabah termasuk kemasukan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini.
Mohd Shafie yakin keputusan berkenaan dicapai menerusi perbincangan bersama pemimpin Bersatu pada ketika itu.
Pada 6 April, 2019, Bersatu melebarkan sayap ke Sabah meskipun Dr
Mahathir yang pada ketika itu menggalas peranan sebagai Pengerusi
Bersatu berjanji untuk tidak bertapak di negeri bawah bayu berkenaan. –
MalaysiaGazette
PETALING JAYA – Penerbitan buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia yang menggunakan logo mirip jata negara yang diubahsuai dipercayai diluluskan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Adnan Abu Bakar menegaskan
kemungkinan itu wujud kerana buku itu mengajak golongan anak muda
menuntut Malaysia baharu yang dilaung-laungkan pemimpin PH sebelum ini.
“Ada kemungkinan buku ini diluluskan ketika PH memerintah sebab
untuk mengeluarkan sebuah buku ada proses dan ambil masa tertentu untuk
dihasilkan.
“Kalau tengok buku ini, ia tak mungkin boleh siap dalam tempoh sebulan, untuk keluarkan buku, nak dapatkan lesen dia (ISDN).
“Sebelum buku ini boleh diterbitkan, ia perlu diaudit terlebih dahulu, minimum dua tiga bulan.
“Buku ini dilulus dan dikeluarkan pada kerajaan lepas dan mula
diterbitkan sekarang. Kean Wong perlu bertanggungjawab,” katanya pada
sidang media di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling
Jaya, hari ini.
Terdahulu Adnan bersama Ketua Setiausaha Gerakan Tuntut Malaysia
(TUNTUT), Zulhelmi Mansor membuat laporan polis syarikat buku, Ilham
Books yang mengiklankan buku kontroversi itu.
Buku suntingan penulis, Kean Wong mempamerkan sebuah logo mirip jata
negara yang telah diubah suai sebagai penghias muka hadapan.
Lukisan mirip jata negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel
di atas bulan dan bintang serta mengubahsuai bentuk dua ekor harimau,
selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya.
Adnan juga tidak menolak kemungkinan buku terbabit cuba menghasut
golongan anak muda agar bertindak agresif menghina kedaulatan negara
melalui pengubahsuaian jata negara itu.
“Kita takut kalau tidak halang atau ambil tindakan terhadap apa yang mereka cuba lakukan, takut hasutan ini akan berleluasa.
“Bila tak ambil tindakan tegas, lepas ini orang akan berleluasa buat sesuka hati, generasi akan datang akan serang kerajaan.
“Akibatnya anak-anak muda selepas ini akan lebih agresif untuk menentang kerajaan dan negara,” katanya.
Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut didesak
menyekat penyebaran dan pengedaran buku terbabit kerana ia didakwa
mempromosikan doktrin tertentu.
“Penyebaran buku-buku ini dia akan mengundang satu bencana akan
datang macam mana dia nak mendoktrin pemikiran anak muda, satu hari
nanti kita tak tahu apa akan jadi kepada generasi akan datang.
“Sebab itu kita desak kerajaan ambil tindakan terhadap penerbit buku
yang cuba dikeluarkan, malah sudah diedarkan pun, saya lihat dalam media
sosial buku ini dijual dengan harga RM45.
“Sebab itu kita bimbang apabila buku ini tersebar ia boleh disalahgunakan oleh anak-anak muda,” katanya lagi. – MalaysiaGazette