
Dr Hasan menyampaikan ceramah tersebut di kawasan Parlimen yang wakil rakyatnya adalah Ir Khalid yang merupakan Yang Di Pertua Kawasan Shah Alam. Dr Hasan menyeru agar penduduk Shah Alam tidak mengundi Ir Khalid jika pada PRU akan datang PAS/PR meletakkan calon yang sama.
Puncanya, Dr Hasan mendakwa Ir Khalid adalah penghalang utama kepada pengharaman jualan arak di Shah Alam. Begitu seriusnya Dr Hasan dalam menangani isu akidah sehingga pengundi di Shah Alam diseru menolak Ir Khalid.
Jika satu masa dahulu media dan massa lebih selesa menyebut BN dan pembangkang tetapi ketika ini ia sudah berjaya dimindakan bahawa lawan BN adalah PR. Jika kita tanya pimpinan Umno di kampung-kampung pun mereka sudah berjaya mengiktiraf PR sebagai lawan BN.
kelompok NGO yang tidak selari dengan dasar dan pendekatan pemerintah telah banyak mengubah landskap politik Malaysia. Kelompok NGO yang mewakili pelbagai latar belakang wujud melalui isu yang dilihat oleh kumpulan masyarakat yang merasakan isu itu perlu diperjuangkan.
Sebagai contohnya, Perkasa di bawah pimpinan Ibrahim Ali, Kita di bawah Zaid Ibrahim dan terkininya IMR dan Jati yang melibatkan Dr Hasan Ali. Contoh-contoh ini saya kemukakan sebagai kuasa ketiga yang sedang bergerak dalam politik negara.
Perkasa dilihat sebagai NGO ultra-Melayu dan sering dilihat bertembung dengan pemimpin politik kaum Cina, Parti Kita pula yang dipimpin oleh Datuk Zaid selepas mengumumkan keluar daripada PKR manakala IMR dan Jati seperti mana yang telah jelaskan tadi.
Contoh yang saya dapat berikan seperti yang pernah berlaku di United Kingdom apabila semasa PRU tidak ada parti politik yang mendapat kemenangan dengan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan yang baru. Dua parti utama UK iaitu Parti Konservatif dan Parti Buruh gagal mendapat jumlah kerusi sekurang-kurangnya 326 kerusi daripada 650 kerusi di dalam dewan rakyat yang dipanggil House of Common.
Parti Konservatif dipimpin oleh David Cameron memperolehi 306 kerusi manakala parti Buruh yang dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu, Gordon Brown hanya mampu mendapat 258 kerusi. Untuk membentuk kerajaan di dalam keadaan yang diistilahkan sebagai ’Parlimen Tergantung’, mereka perlu mencari mana-mana parti lain atau Bebas yang memenangi kerusi untuk bergabung dan membentuk kerajaan.
Parti Liberal Demokrat dengan 57 kerusi akhirnya bersetuju bekerjasama dengan parti Konservatif bagi membentuk kerajaan. Parti Liberal Demokrat dalam situas ini dipanggil sebagai 'kuasa ketiga' kerana dengan 'kuasa'nya maka kerajaan UK berjaya dibentuk.
Sebab itu, saya percaya bahawa semasa Dr Hasan menyampaikan pidatonya di Shah Alam baru-baru ini berkisar tentang apa yang tersemat di hati kecilnya sehingga hampir-hampir terlupa tujuan utama beliau berada di atas pentas tersebut.

