Sabtu, 11 Disember 2021

PM sampaikan surat tawaran di Jom Masuk IPT kepada pelajar

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) menyerahkan komputer riba kepada salah seorang pelajar UiTM ketika melawat ruang Pameran Jom Masuk IPT pada Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa menyampaikan surat tawaran kemasukan ke institut pengajian tinggi kepada pelajar bagi program Jom Masuk IPT , 100 Hari Apirasi Keluarga Malaysia, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Antara pelajar yang menerima surat tawaran daripada Perdana Menteri yang mengikuti program Asasi Undang-Undang Universiti Teknologi Mara ialah Farah Syuhadah Zahari, Intan Shaharah Shaharuddin dan Aiman Syafiq Ab. Rashid.

Selain surat tawaran, mereka turut diberikan sebuah komputer riba, bantuan baucar tunai berjumlah RM700 dan pelan data bernilai RM200.

Bagi penerima surat tawaran ke Politeknik dan Kolej Komuniti pula adalah Nehru Krishnamorthy dan Ho Seng Onn.

Mereka menerima surat tawaran, baucar tunai RM500, kalkulator saintifik dan pemacu pena untuk kegunaan masing-masing.

Turut menerima tawaran berbentuk Sijil APEL A ialah Normelati Ali dan Asisten Superintenden Mohd Aswad Md Saad.

Untuk penyerahan surat tawaran wang pendahuluan pinjaman (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ialah Syeiriena Zulaikha Mohd Fuad dan Nur Alis Mohd Sabri.

Mereka menerima wang pendahuluan sebanyak RM1,500 bagi tujuan tersebut.

Bagi surat tawaran biasiswa MAHSA, penerimanya ialah Fatma Nur Ezzarina Mohd Fahizan dan Nurul Balqis Shahizan.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat pameran universiti, kolej dan politeknik di Jom Masuk IPT.

Ismail Sabri turut berkesempatan mengadakan “walkabout” di gerai pameran kementerian dan agensi kerajaan.

Antara yang sempat dilawati beliau ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Belia dan Sukan.

Tiada ulasan: