Sabtu, 11 Disember 2021

ExxonMobil tawar ratusan peluang pekerjaan di Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia

Sebahagian daripada pengunjung yang hadir untuk mencari peluang pekerjaan pada Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

KARNIVAL Kerjaya Keluarga Malaysia di 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam menawarkan lebih 24,100 peluang pekerjaan kepada pencari kerja.

Berlangsung di Dewan 6, Kuala Lumpur Convention Centre, bermula dari 9 pagi hingga 5 petang, antara majikan syarikat multinasional yang menawarkan pekerjaan adalah ExxonMobil Malaysia.

Syarikat itu telah berbesar hati untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk acara Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia.

Sudah beroperasi di Malaysia selama 128 tahun, ExxonMobil terus melabur dalam membangunkan modal insan di Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja global mereka.

Pada 2022, ExxonMobil merancang untuk menawarkan lebih 300 pekerjaan mahir baharu dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat ke Malaysia.

ExxonMobil Malaysia mnerupakan pemenang Anugerah Majikan Graduan Terkemuka Malaysia 100 dan baru-baru ini memenangi anugerah Majikan Siswazah Paling Diutamakan 2022 oleh Graduates’ Choice Award.

Sebahagian daripada pengunjung yang hadir untuk mencari 
peluang pekerjaan pada Program 100 Hari Aspirasi #Keluarga
Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. 
GAMBAR: Abd Razak Aid

Sepanjang dua hari lalu, ExxonMobil Malaysia telah menemu bual lebih 230 calon di Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia.

“Kami amat mengalu-alukan bakat baharu untuk menyertai kami sebagai sebahagian dari keluarga ExxonMobil dengan memulakan kerjaya bersama kami”.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Sukiman Mohamed (Pengurus Besar–Hal Ehwal Awam dan Kerajaan) di talian 0122057417.

Pelbagai program dianjurkan sempena karnival berkenaan antaranya Bengkel Kerjaya, Kaunseling Kerjaya dan Temu Duga Terbuka kepada semua golongan dan orang ramai boleh melawati pelbagai pempamer dari pelbagai organisasi yang menawarkan peluang pekerjaan.

Tiada ulasan: