Rabu, 15 Disember 2021

[PARLIMEN] Kerajaan kaji isu orang tengah punca harga barang naik

 Oleh ASLINDA NASIR

AHMAD HAMZAH

KUALA LUMPUR : Isu orang tengah yang sering mengaut keuntungan dalam penjualan sedang dibincang pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Perkara itu dijelaskan timbalan menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah susulan kenaikan harga barang yang terlalu mendadak, membebankan pengguna sebelum ini.

“(Isu) orang tengah ini sedang dibincang dan kita akan atasi bukan supaya sahaja pengguna tidak terbeban, malah penternak, petani tidak diambil kesempatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) meminta kerajaan menjelaskan apakah langkah-langkah kerajaan untuk menangani isu orang tengah yang mengaut keuntungan, sekali gus menyebabkan kenaikan harga barang berlipat kali ganda.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, pihaknya sudah mewujudkan pasar digital dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Memang kita telah mulakan sejak menghadapi Covid-19, semua pembelian dan penjualan secara dalam talian ini cukup bertepatan mengikuti kehendak pembeli,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: